Artis / Selebriti
” Epic betul performance Nadeera ni. Terlalu hebat, perfect.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video persembahan memukau Nadeera Zaini di pentas final Anugerah Juara Lagu 39 raih pujian ramai. Fuh vokal Nadeera memang power, meremang dengar. Part veil terbang dari atas tu memang gempak lah. Kreatif betul..
Pentas Akhir Anugerah Juara Lagu 39 telah pun melabuhkan tirainya semalam. Keputusan AJL39 kali ini banyak kejutan, namun menepati ramalan para peminat setia AJL. Salah seorang artis yang dinanti-nantikan persembahannya semalam adalah Nadeera Zaini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram TV3 Malaysia, Mstar dan Hot FM, telah dikongsikan video persembahan Nadeera. Mempertaruhkan lagu Bukan Lagi Kita, lagu ini sememangnya menjadi siulan ramai, bahkan ramai yang meramalkan Nadeera bakal bergelar juara AJL.
Persembahan yang mempesonakan dan penuh dengan element kejutan daripada team Nadeera. Ketika pembukaan persembahan Nadeera memakai persalinan berwarna hitam, namun seketika selepas itu, Nadeera melakukan transformasi dan menukar busananya kepada warna putih.

Vokal Nadeera sangat mantap dan sedap didengar. Sekali pun lagu ini bernada tinggi, Nadeera berjaya menyanyikannya dengan cukup baik dan sempurna. Kejutan veil terbang dari atas dan tepat jatuh ke atas kepala Nadeera juga meraih sorakan daripada penonton.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Amazing Nadeera.. first time di pentas AJL. Tahniah nadeera.. lagu best suara best pakaian cantik.. perfect sangat.. “
” Maaf cakap she power gila mlm ni. High pitch tak jerit, tak sakit telinga, tak over. Lurveeee.. juara di hati min.. “
” Power betul vokal nadeera ni.. tak bingit langsung walaupun high pitch.. yang part last veil jatuh dari atas tepat jatuh dkt nadeera tu mmg wow.. “
” Terlalu hebat, perfect.. tak over.. persembahan vokal kemas.. highnote tak terjerit2.. simple and on point.. tahniah Nadeera.. “
” Jerit tapi merdu weyyy.. tak tahu nak cakap macam mana suara dia tu, best sangat.. sumpah sedap.. “
” Aa meremang, relax je dia, tak de pun over sangat jerit-jerit.. Goosebumps teruksss.. lirik jelas difahamii sore lunak merdu bkn tarik bingit punyee.. “
” Part ni aku siap tahan napas dah kenapa.. Sedapnya laa.. Part veil jatuh tu mmg sharp weiiii.. The best performance so far.. “
” Dia punya high note sedap, padat, mampat, tak bingit dan tidak memekik. terbaik power lah Nadeera.. sedap sangat. risau takut dia terkucil.. tapi tak.. suara dia sangat lembut.. “
” Epic gila performance official_nadeera .. dengan veil jatuh melukutnya .. jln cerita mcm pengantin cancel nk kawen sbb kekasih curang tanpa niat.. ”
Persembahan yang mendapat tepukan gemuruh dan standing ovation daripada semua penonton. Nadeera sememangnya layak untuk menang dan tahniah atas kemenangannya sebagai naib juara AJL39. Semoga Nadeera terus maju jaya dan bersinar pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstar, IG Hot FM, IG Tv3 Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
