Artis / Selebriti
” Enjoy pulak dengar budak-budak ni menyanyi. Hael dengar mesti tergelak sama, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Afwa dan anak Shila Amzah, Seth Uwais menyanyi lagu raya Hael Husaini dan Nadeera, Meriah Lain Macam buat ramai terhibur. Alahai serius comel sangat, kunyah lirik pun cute..
Lagu raya dendangan Hael Husaini dan Nadeera berjudul Meriah Lain Macam antara lagu yang trending dan menjadi siulan ramai. Tidak hanya orang dewasa, malah kanak-kanak juga sukakan rentak lagu Hael dan Nadeera itu. Ramai juga yang membuat parodi menyanyi dan menari lagu itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Rocket Fuelent, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak lelaki Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Afwa dan anak Shila Amzah menyanyikan lagu tersebut. DS Siti menyanyi bersama Afwa, manakala Seth pula bersama Shila.
Comel sahaja Afwa menyebut lirik lagu Hael dan Nadeera itu. Sambil tersenyum-senyum, Afwa berduet bersama ibunya. Seth juga tidak kurang hebatnya. Seronok Seth menyanyi bersama Shila dan liriknya automatic bertukar menjadi lirik Seth sendiri.

Terhibur warganet mendengar nyanyian Afwa dan Seth itu. Kalau sudah namanya anak penyanyi, darah seni pasti akan mengalir dalam diri mereka. Tentu Afwa dan Seth juga akan ketawa jika melihat video rakaman ini apabila mereka sudah besar nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Comel la Afwa.. geram tengok.. Yer ibu sayang, comel sungguh.. Mini Baekhyun betul.. “
” Sayang… ye eya ibu sayang,.. comel nak cium pipi sikit boleh hahaha.. besar nnati afwa pandai nyanyi.. merdu suaranya.. “
” Wah Seth, lirik dia bukan main ye haha.. enjoy lak dengar budak2 ni menyanyi.. hael dengar ni mesti tergelak sama haha.. “
” Amboi Afwa Seth, dua-dua kunyah lirik ni, masing-masing sama naik dengan mak semangat menyanyi.. tergelak sama kita dengar.. ”
” Geram nya dengar lagu ni versi Afwa dengan Seth. Sorang dengan ibu sayangnya, sorang lagi kunyah lirik betul eh. reaksi muka dua-dua tu comel sangat.. ”
” Alahai comelnya afwa dengan seth nyanyi. geram je dengar ye ibu sayang si afwa tu. Seth pun kalah mama buat lirik sendiri haha.. ”
” Menangis Hael dengan Nadeera dengar Afwa dengan Seth menyanyi. Haru biru terus lirik jadinya haha.. dua-dua comel dan super cute.. ”
Seronok warganet melihat telatah Afwa dan Seth. Kecil-kecil lagi sudah pandai membuat lirik sendiri. Apabila besar nanti boleh lah cipta lagu duet bersama. Tokti junior vs Shila junior tentu gempak apabila bergabung. Apa-apa pun, semoga semua yang mendengar nyanyian Afwa dan Seth ini terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rocket Fuelnt, Tiktok Rocketfuelnt
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


