Artis / Selebriti
” Eleh Omar takyah acah-acah tersakiti sangat lah.. ” – Komen Netizen
Video Dr Omar Melayan Perasaan Selepas Ditolak Oleh Aminah Buat Warganet Geram. Lepas Semua Yang Jadi, Baru Nak Sedar Ke Omar. Rasakan, Galau Lah Seorang Diri !!
Drama Aku Bukan Ustazah yang menggandingkan MK K-Clique, Erysha Emyra dan Zahiril Adzim kini bersiaran di slot Akasia TV3. Drama ini antara yang trending dan mendapat sambutan hangat daripada pencinta drama Melayu tempatan. Tidak hanya wanita, malah kaum lelaki juga turut ‘tersangkut’ dengan drama ini.
Dalam episod yang lepas, Dr Omar lakonan Zahiril mendapat kecaman yang hebat daripada penonton. Semua geram dengan sikap Dr Omar yang bengis dan antagonis terhadap Aminah. Selepas sah bercerai, Dr Omar mula gila talak dan memujuk Aminah untuk kembali rujuk.
Meninjau entry di akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dr Omar sedang melayani perasaannya. Pada wajah Dr Omar, terpancar betapa kusutnya fikiran Dr Omar ketika ini. Lagu background juga memainkan peranan untuk menunjukkan rasa sedihnya itu.

Pelbagai respon diberikan oleh warganet yang sememangnya menyimpan amarah terhadap Dr Omar. Tiada ada yang mengasihani Dr Omar malah ramai yang mengecam Dr Omar. Walaupun penampilan Dr Omar berbeza, itu tidak mengurangkan rasa marah warganet.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Eleh Omar takyah acah-acah tersakiti sangat lah.. Omar kena pakai ringtone macam Adam dulu haha.. ”
” Pusing la sampai tebelit pon rambut tu Omar oi . Kitorang selaku netizen hakim Malaysia tetap xluluskan omar dgn aminah ye.. Aminah utk Adam je OK.. ”
” Dia igt tukar style rambut, org tak kenal dia.. Sudah laaa abg omar.. sya okay ke abg jadi Daim.. jgn jadi omar berterusan yaa.. ”
” Tetap nak reject reject reject netizen da bersuara haha.. aku tak leh lah dengan omar ni.. bersirap je tengok muka tu haha.. ceh berlagak alim.. ”
” Zahiril Adzim bertabah lah bang haha.. memang menjadi lah watak omar ni. sampai semua orang naik meluat dan marah.. para suami pun geram dengan omar sekarang hahaa.. ”
” Dah la Omar, balik je Mesir. tak yah lah duduk malaysia.. Padan muka omar haha.. Sudah la Omar .. mcm acah tersakiti je .. jgn smpai sy panggil Adam.. ”
” Hah sudah lah Omar suci kasih kau.. xpe omar wlpun perangai buruk.. awk ttp handsome haha.. galau betul ye omar.. ”
Nampaknya masing-masing melempiaskan rasa marah pada Omar. Galau sampai ke sudah Omar, warganet tetap tidak mahu menerima Omar. Kuat sungguh penangan watak Omar ini. Apa-apa pun itu hanya lah sekadar lakonan semata-mata dan Zahiril berjaya membawa wataknya dengan baik. Tahniah Zahiril.

Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

