Artis / Selebriti
” Eh waktu itu bilangnya pacar loh.. ” – DS Rossa
Video DS Rossa mengusik Fattah Amin dan Amira Othman ketika live bersama buat ramai terhibur. Kantoi Fattah rupa-rupanya pernah mengaku Amira pacar dengan Rossa. Rossa kata nak menyanyi dekat wedding nanti. Wah Rossa pun approved..
Meninjau di akaun Tiktok milik cikindah911, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon Fattah Amin bersama pengurusnya, Aca dan Amira Othman sedang live bersama penyanyi tersohor dari negara Indonesia, iaitu Datuk Seri Rossa.
Menerusi video itu, pada awalnya Datuk Seri Rossa menyakat Fattah dan Amira dengan berkata mereka adalah hanya rakan sekerja. Namun begitu, DS Rossa berharap Fattah dan Amira akan berjodohan nanti. Mendengar apa yang dikatakan oleh DS Rossa, dengan pantas, Aca ada bertanya sesuatu kepada DS Rossa.
Aca bertanya, jika Fattah dan Amira jadi berkahwin, adakah DS Rossa sudi datang menyanyi di hari perkahwinan pasangan tersebut. DS Rossa berkata dia bersetuju untuk menyanyi dan memilih lagu Wanita Yang Kau Pilih untuk menyanyi di majlis Fattah dan Amira.

Malah, DS Rossa juga sempat menyanyi dan kelihatan Fattah seperti malu-malu dan dalam masa yang sama teruja mendengar nyanyian DS Rossa. Sehingga kini, video live Fattah, Aca, Amira bersama DS Rossa itu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@mimpi_syakilla Kelmarin bilangnya pacar… hambali fattahamin amiraothman rossa fattmira
@cikindah911 Semakin maju yeee fattah 😆😆.. “Benar jugaa katanyaa”.. Part last sekali tuu dia 🔒 gaisss 🤣🤣🥱. #amiraothman #fattahamin #fattmira
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Rossa perli rapat Fattah dengan Amira, setempek masing-masing kena, haha. Semoga berjodohan lah korang berdua, tak sabar nak tengok.. “
” Dato Siti dah approved, Dato Rossa approved apa lagiiii jgn tunggu lama-lama.. Nanti lama2 dia disabar orang. Aceceh2, abang long blushing teruk lah.. “
” Benar jgk kata dia, kita pun blushing sama eyhhhh. Cemana Rossa bleh masuk live dorangggg.. Kan main ekk wedding dorg nnt, dct nak nyanyi, Rossa nak nyanyi.. “
” Alahaiiii mak lurve.. Banglong blushing teruk ni, dapat bayangkan dah wedding korang mesti dah macam mini konsert.. “
” Mira steady.. Fattah blushing giler.. Sesuai sgt lagu tu tuk wedding nnti.. Neyyyyyy.. Kelakar betul dengar Dato Rossa menyakat Fattah n Mira.. “
” Pergghh.. Untunglah dct dgn rossa nk nyanyi dekat wedding fattmira nanti.. Ya Allah, makbulkan Wedding Of The Year buat *teman sekerja* yg satu ini.. “
” Banglong merah muka Hahahahaah blushing betul tu.. Bukan diornag je suka aku pun suka Hahahahahaahahahahahaah.. “
Alahai masing-masing blushing mendengar DS Rossa menyanyi, macam kena pula lagu ini dengan kisah ‘percintaan’ Fattah dan Amira. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Fattah dan Amira. Andai ada jodoh mereka, semoga segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cikindah911, Tiktok mimpi_syakilla, IG amiraaothman, IG fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

