Artis / Selebriti
” Eee geramnya tengok Khawla ni. Mukanya daddy, attitude rembat mummy punya, haha.. ” – Komen Netizen
Video Telatah Anak Syamel, Nur Khawla Soleha Ketika Hadir Di Majlis Pelancaran Lagu Terbaru Syamel Buat Ramai Yang Geram. Alahai Comel Betul Lah Khawla Ni. Sempoi Je Layan Daddy Dia Tengah Nyanyi !!
Umum mengetahui yang penyanyi Syamel dan isterinya, Ernie Zakri mempunyai seorang cahaya mata perempuan. Memilih nama Nur Khawla Soleha, anak pasangan ini sudah pun berusia 2 tahun lebih dan membesar sebagai seorang anak yang comel serta bijak.
Selain itu, Khawla juga mempunyai ramai peminat seperti kedua ibu bapanya meskipun dia masih kecil. Ada sahaja video gelagat Khawla dikongsikan di media sosial mencuit hati warganet. Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Hot FM, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan telatah Khawla sedang berjalan.
Difahamkan video ini dirakam ketika majlis pelancaran lagu terbaru Syamel bertajuk ‘Hamba Cinta’ . Menerusi video tersebut, Khawla kelihatan begitu comel mengenakan baju berwarna merah, skirt bercorak petak ketika sedang berjalan di satu laluan antara kerusi tetamu-tetamu yang hadir.

Sesekali Khawla melambaikan tangan kepada orang yang menegurnya. Manakala video kedua pula memaparkan Ernie dan Khawla memberikan semangat kepada Syamel ketika sedang menyanyi lagu barunya. Perkongsian kedua-dua video ini telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan geram melihat telatah Khawla ketika berjalan. Antara komen-komen menarik yang dapat kami kongsikan adalah :
” Eee ger4mnya tengok Khawla ni. Mukanya daddy, attitude rembat mummy punya, haha.. Dah besar dah budak comel ni, kan.. “
” Tuari nampak betul² cnp mummy. Yg ni dh besar sket. Ikut muka daddy dia.. Ishh memang ger4m betul tengok, hehe makin comel lah Khawla.. “
” Kenapa kamu comel sgt Lala.. Kita tengok pun geram sangat.. Alahai dah besar, muka tu betul2 copy paste daddy sangat lah Lala.. “
” Halah..Halah.. Comelnya dak cik ni.. Ni lah yer dak cik yang kuat merajuk macam mummy dia, hehehee… Mini Syamel betul lah.. “
” Geramnyerrr comel n cerfik. Muka combined Erni dan Syamel. Membesar dengan sihat ya Lala, semoga jadi anak yang baik buat ibu dan daddy.. “
” Masyaallah Tabarakallah, comel betul lah anak Syamel dan Ernie ni.. Dah besar dah dia.. Nampak matang betul, walaupun baru dua tahun lebih.. “
” Comell khawla, semoga menjadi anak yg cemerlang didunia n akhirat. Doakan auntie pun akan dapat anak secomel dan secerdik Khawla ya.. “
Melihat gelagat si kecil ini berjalan sudah cukup membuatkan ramai yang geram. Ada peminat mengatakan wajah Khawla mirip seperti Syamel, namun gelagatnya saling tak tumpah seperti Ernie. Apa-apa pun, semoga Khawla terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976, era.je, syamelofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

