Connect with us

Artis / Selebriti

” Dulu suara dia biasa je. Hari ini aku terkejut betul sebab suara dia sedap sangat.. ” – Komen Netizen

Video terbaru Thalita mendendangkan lagu Tak Ada Logika secara live di hadapan orang ramai curi perhatian warganet. Wah makin confident Thalita sekarang, siap rap dan menari lagi. Vokal pun power, tak pancit langsung..

Terlalu banyak perubahan yang terjadi dalam hidup anak perempuan Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin, Thalita. Penglibatan Thalita di rancangan realiti TV, Talk To My Manager juga menaikkan lagi keyakinan Thalita untuk menyanyi secara live di hadapan orang ramai.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Raa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Thalita di Wonder Fest yang berlangsung di Aeon Bukit Tinggi Klang. Thalita diundang untuk membuat persembahan di festival itu dan menghiburkan pengunjung yang datang.

Thalita menyampaikan beberapa buah lagu solo dan juga berduet bersama Amad Dayyan. Antara lagu solo nyanyian Thalita yang mendapat pujian daripada warganet adalah lagu Tak Ada Logika, dendangan asal Agnes Monica. Lagu ini salah satu lagu yang pernah Thalita nyanyikan di pentas TTMM.

Tidak kekok dan malu-malu menyanyi di hadapan orang ramai, nyanyian Thalita semakin meyakinkan dan suaranya memukau pengunjung yang hadir. Ramai yang mengatakan suara Thalita sangat iras dengan suara arwah Siti Sarah. Begitu juga dengan gaya Thalita beraksi dan berinteraksi bersama peminat, saling tak tumpah seperti Sarah.

Jom tonton video di bawah :

@mek_raa87

Talita🫶🏻#talita #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral #trending

♬ bunyi asal – Raa – Raa

@ientanfarhana83

Thalita always the best!! Puas betul rasanya dpt tgk Thalita nyanyi depan2. Well talented Thalita! Fly high!! @Hearty Thalita @tatatintun @shuibsepahtu @Watie Hanifiah #wonderfest #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – intanfarhana – intanfarhana

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Makin sedap suara Thalita.. suara macam arwah mak dia.. terbaik lah talita. best sgt dgr suara dia.. “

” Dulu suara dia biase je.. hari ini aku betul terkejut sebab suara dia sedap sangat. kat ttmm dia nyanyi lagu Kernaku Sanggup + Matahariku lagi best giler.. “

” Siapa nak dengar suara thalita pakai mic biasa dtg lah sini.. sama je pakai mic mahal ke mic murah ke sama je suara dia nyah.. “

” Dah besar vokal dia boleh sama macam mak dia… suara bagus dah macam arwah Sarah sangat Thalita ni.. “

” Vokal Talita MMG padu… Talita dh buktikan yg suara dia MMG mantap.. ni LA artis yg akan terkenal.. “

” Go go dekta…. bakal artis malaysia yg akan bwak pulang trofi bnyk nanti.. jelas betul sebutan perkataan dia tu, love dektNemang mengalir darah seni kat talitaaa.. “

” Talita suara dia makin lama makin sedap memang powerful vocal. dah upgrade suara terbaik.. Kenapa aku rasa yang nyanyi ni mcm arwah ibu dia.. “

Terbukti Thalita bukan menumpang nama arwah Siti Sarah semata-mata tetapi Thalita ada bakat yang boleh dibanggakan. Hari demi hari, banyak improvement dalam nyanyian Thalita dan tidak mustahil Thalita akan menjadi salah seorang penyanyi popular pada masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : TT Mek_raa87   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
💻 Teknologi: Teknologi🏛️ Politik: Politik🎬 Hiburan: Hiburan⚽ Olahraga: Olahraga📰 BeritaPendidikan🏥 Kesehatan: Kesehatan💰 Ekonomi: Ekonomi
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized