Artis / Selebriti
” Dulu saya ada OCD yang teruk. Memang kesilapan abang dulu terlalu nak perfect.. ” – Zamarul Hisham
Video Zamarul Hisham Dedah Kejadian Yang Berlaku Angkara OCD Suatu Ketika Dahulu. Tak Sangka Sampai Macam Tu Sekali, Sampai Kejut Diana Rafar Tengah Tidur. Terlampau Nak Perfect Katanya, Benda Senget Pun Tak Boleh !!
Umum mengetahui, pasangan pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar pernah bercerai dengan talak 1 beberapa tahun yang lalu. Diana juga ada mendedahkan dalam satu temubual baru-baru ini rumahtangga mereka berentakan adalah gara-gara sikap Obsessive Compulsive Disorder ( OCD ) yang dihidapi oleh Zamarul.
Namun pasangan ini kembali membina rumahtangga mereka dan kini bahagia dengan kehidupan yang lebih baik. Menerusi akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan pula video temubual bersama Zamarul bertanyakan mengenai sikap OCD nya itu.
Zamarul mengakui dahulu tahap OCD yang dihidapinya memang teruk. Tidak boleh melihat rumah bersepah, berbau busuk dan berhabuk itu antara sikap OCD Zamarul. Namun kini, Zamarul mengambil pendekatan untuk lebih berdiam diri dari membuka mulut untuk complain segala yang tidak disukainya.

Jika pulang shooting lewat malam dan rumah bersepah, Zamarul sendiri yang akan mengemas sehingga semuanya nampak teratur dan kemas. Tambahnya lagi, itu juga sebenarnya tanggungjawab suami. Apabila selalu ada give and take antara suami dan isteri, semuanya pasti akan berjalan dengan baik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kenapa makin lama tengok .. makin hensem walaupon dah berumur .. semoga berbahagia until jannah.. ”
” Saya faham situasi yg diperjelaskan krn saya juga OCD.. Communication, respect and compassion is the key to a happier relationship.. ”
” Betul masing masing kena bertolak ansur dalam rumah tangga . Kalau tak habis lah.. Gud info bang . Nada teguran juga masa main peranan utk menegur. Tq remind us.. ”
” Sy pun OCD perfectionist mmg tak suka bersepah barang2 senget letak barang sana sini rasa serabut mata tapi mmg kena kawal klu nak marah.. ”
” Sama la saya pun cmni… tp lama² xle nk ikutkan sgt kita yg stress sendiri walau masih la bebel² jugak. Lg pun, sy dh jumpa org yg OCD dia lg truk.. trus sy auto rasa kne berdamai dgn keadaan semasa.. ”
” Betul. Nak tegur tu tak ada masalah, tapi tak perlu marah2. Kalau jaga nada suara tu, lagi senang orang terima teguran.. Bagus abang mengakui kesilapan.. org ppuan bkn xleh ditegur, tp kdg2, ms dan nada tu yg xsesuai..hehe..”
” Suami isteri saling lengkap melengkapi ,.. brtolak ansur.. Chill gitew. abang zamarul ni memang tahap kesabaran yang tinggi.. ”
” Alhamdulillah nasihat yg baik untuk kami anak muda dalam berumah tangga, kena banyak give and take. Tolak ansur dan hargai sementara masih ada. Biasalah kehidupan rumah tangga, ada pasang surutnya.. Tq Bro.. ”
Nasihat yang berguna diberikan oleh Zamarul agar pasangan suami isteri yang lain boleh jadikannya sebagai panduan. Tidak ada orang yang sempurna dan setiap pasangan itu ada kekurangan dan kelebihan yang menjadikan mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Semoga rumahtangga Zamarul dan Diana bahagia sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Diana Rafar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

