Artis / Selebriti
” Diorang buat saya lagi teruk. Mengata arwah bapak saya, mengata Fatima barua.. ” – Fazura
Dikecam dan dikeji sehingga melibatkan nama arwah ayah dan juga anak, Fazura akhirnya buka mulut. Bagus Fazura sekolahkan haters yang tak fikir perasaan orang lain. Padu ayat Faz bagi tu..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Affendy Jailani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Fazura. Sekian lama Fazura diam, akhirnya Fazura bersuara mengenai isu dirinya dikecam oleh haters yang tidak menyukai dirinya. Ianya tidak hanya melibatkan Fazura, tetapi arwah ayah dan juga anaknya juga turut terpalit sama.
Kata Fazura, sejak 2 tahun ini dia hanya diam dan tidak bersuara apabila banyak kecaman dan cacian yang diberikan oleh segelintir warganet. Namun kesabaran Fazura tercabar apabila haters ini mengata arwah ayahnya dan juga anak tersayang, Fatima.
Tambah Fazura lagi, dia juga ada perasaan dan sedikit sebanyak cacian ini menyentuh hatinya. Fazura faham haters ini sebolehnya tidak mahu Fazura bersuara langsung supaya mereka boleh memijak-mijak Fazura. Namun Fazura yakin Allah itu selalu ada bersamanya dan membiarkan sahaja.

Sekali pun hati Fazura merasa marah, Fazura masih mampu mengawal dirinya dari mengeluarkan kata-kata makian terhadap golongan ini. Fazura sememangnya seorang yang tegas dan positif orangnya. Segalanya diharungi dengan tenang dan ini membuatkan haters semakin marahkan Fazura.
Jom tonton video di bawah :
@affendyjailani Doakan Faz terus kuat #Fazura #podcastbukakmulut #BukakMulut #fyp #Fatima
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Louder Faz, bagi lagi biar sedar diri sikit haters ni. Iya, kadang kadang melampau sangat.. tahu haters tapi dah sampai mencaci tu siapa yang boleh sabar.. “
” Betul slama ni dia diam je ape org ckp sume dia diam.. dia ade hati perasaan.. smpai kutuk arwah ayah dgan kutuk fatimah.. btul2 melampau.. “
” Yg suruh dia diam tu, kalau sekali dua kali diam bila kena kutuk kecam boleh lah, ni sampai semua tindakan dia kena kecam, takkan nak diam je? Org cantek, org byk aura ni selalu kena buli. Ape pon.. Faz mmg gorgeous always.. “
” Biar la diaorg… Faz jgn layan.. selalu la sebut Allah maha kuasa dan maha tahu.. Allah SWT tu ada… minta perlindungan dr Allah..we love Faz.. “
” Dia diam ,dia sabar org kutuk dia tpi janganlah libatkan org yg dh meninggal.. tak baik.kita doakan faz bahagia dgn fatima.. “
” Saya bukan fan faz, tp utk faz “awak mmg seorang yg kuat, ibu yg terbaik utk fatima. org baik mmg ramai yg xsuka, abaikan faz.. “
” Kesian yang haters tu.. pedulikan mereka Fazura.. mcm lah sendiri tak ada dosa.. terus kuat okey Faz demi Fatima.. moga murah rezeki selalu.. “
Kesabaran Fazura juga ada batasnya dan apabila terlalu melampau sehingga mencaci ahli keluarga, ianya sesuatu yang tidak wajar dan Fazura perlu bersuara supaya tidak terus dibuli sebegini. Semoga kehidupan Fazura sentiasa tenang bersama Fatima dan dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Affendy Jailani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

