Viral
” Dia sudah kebumikan anak dia, kemudian gali semula. Saya tak tahu kalau jadi dia, saya kuat ke tidak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
Video wakil pengurusan jenazah arwah Zara Qairina, Khairi berkongsi keadaan Ibu Zara ketika penggalian kubur semula buat ramai sebak. Sampai menangis orang Kuala Penyu yang hadir dengar perkongsian ini..
Himpunan solidariti untuk adik Zara Qairina masih diteruskan oleh rakyat Sabah. Semua bersatu hati tidak mengira usia dan darjat melaungkan Justice For Zara. Selepas himpunan di Keningau, kali ini mereka berhimpun pula di Kuala Penyu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Rizal70man, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Encik Khairi iaitu wakil team pengurusan jenazah Zara. Khairi bercerita mengenai pengalamannya ketika proses penggalian semula kubur Zara dan peristiwa yang terjadi pada ketika itu.
Segala persiapan sudah pun dipersiapkan untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang akan terjadi. Team Khairi diberikan taklimat oleh pihak forensik sebelum proses bermula. Sebagaimana yang pernah diceritakan sebelum ini, jenazah Zara sempurna dan ianya kelihatan sama seperti dikebumikan sebelum ini.

Khairi juga mendedahkan keadaan Zara ketika dikebumikan buat kali pertama. Allah Maha Besar, tiada sebarang bau yang keluar dari jenazah Zara walaupun jika mengikut fakta sains, jenazah akan mereput selepas tempoh 2 minggu. Reaksi ibu Zara juga menyentuh hati ketika bertemu kembali anak yang sudah tidak bernyawa.
Jom tonton video di bawah :
@rizal70man
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Allahuakbar MasyaAllah Tabarakallah. apa yg khairi nyatakan ni adalah bnar, sy jg terlibat dlm proses pnggalian shingga dikebumikn smula. Dan saksi mata… kami d tugas kn dlm khemah.. “
” Abg nii ada dtang keningau.. sempat jumpaa.. dy ceritaa darii awall mula2 smpai skgg.. mmg sedih.. alhamdulilah.. “
” Allah nak tunjukan kebenaran yg Arwah Zarah tk bersalah dan Zara benar.. Bukti kuasa Allah tiada tandingan nyaa.. Aq menangis part abg ni ckp yg mama nya ckap assalamualaikum kak kita jumpa lagi.. “
” Sungguh kau membuat 1 Dunia insaf Dan cemburuh dngn pemergian mu alfatihah buat mu wahai bidadari syurga.. tanpa disedari airmataku mengalir.. aku mahu tahan nangis tapi sumpah tidak dapat.. “
” Allahuakbar tidak boleh kawal airmata terus mengalir.. Tiada yg mampu melawan kuasa Tuhan.. justice for zara, zara ahli syurga insha Allah.. “
” Allahu-akhbar… sebak rasa nya.. tetiba air mata x boleh tahan… walau pun Sy tdk knl arwah dn mama nya.. knp bgtu sakit bila dpt mendengar nya kisah nya.. Allahuakbar… semoga arwah d tempat kan d golongan org² yg beriman… dn semoga terungkai kebenaran ya… dn d permudah kn semuanya utk arwah.. “
” Kalau di beaufort ari tu ada dia smua msti menangis smua mndgr.. sya ni pn menangis.. hnya allah ja y tau betapa mulia amalan adik zara qairina.. “
Allah Maha Berkuasa dan segala apa yang terjadi semuanya dengan keizinan Allah. Darjat Zara diangkat oleh-Nya dan bukti kekuasaan Allah untuk pedoman semua yang masih hidup. Semoga ada keadilan untuk Zara dan semoga ibu Zara terus diberikan kekuatan untuk mengharungi segala dugaan mendatang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rizal70man
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

