Artis / Selebriti
” Dia punya plan memang terbaik lah bila bini tak ada. Kita yang dengar pun berdekah, haha.. “- Komen Netizen
Video gelagat Ubai ketika menghantar Shila Amzah di lapangan terbang buat ramai terhibur. Amboi, tak sempat lagi Shila naik flight, Ubai dah plan macam-macam dah dengan member dia. Lawak lah Ubai, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Ubai, telah dikongsikan video yang memaparkan Ubai menghantar isterinya, Shila Amzah di lapangan terbang. Menerusi video itu, Shila berlepas ke China untuk membuat persembahan di 15th Beijing Internasional Film Festival.
Namun, apa yang mencuit hati adalah telatah Ubai yang tak henti-henti menyakat Shila. Ketika video sedang dirakam Ubai berkata kepada rakannya, selepas Shila pergi ke China, dia akan pergi ride. Seloroh Ubai bertanya kepada rakannya lagi, ke mana kah mereka akan pergi.
Bukan itu sahaja, ketika Shila bersalamannya dengan Ubai, kelihatan wajah Shila seakan sedih kerana kali ini Shila pergi ke China tanpa ditemani oleh Ubai. Tulis Ubai di ruangan kapyen, mendoakan segala urusan Shila di China dipermudahkan dan mengatakan dia tidak pergi ride kerana sibuk dengan shooting.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan geram melihat telatah Ubai yang suka menyakat Shila. Bukan itu sahaja, ada juga suka melihat pasangan ini bahagia bersama setelah beberapa tahun mendirikan rumahtangga.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur dengan telatah Ubai, ramai peminat mendoakan rumahtangga Ubai dan Shila. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia punya plan memang terbaik lah bila bini tak ada. Kita yang dengar pun berdekah, haha.. Yihhhh, geram je eh hahaha.. Shila tabah betul mlayan crack ubai ni hari2 eh.. “
” Suka tgk sweet2 camni. Semoga luas dan lancar rezeki korang psl menjaga keluarga.. Part lastu lawak betul, melompat yer kau Ubai, haha.. “
” Wahh kauu Ubaii… Betul2 lagu rxz member ehh last2 tu…. Emmm pape jumpa rnr sg perak… Hahaha padu lah Ubaiii, mantap.. “
” Ubai… Passport ko shila bw tu, jangan seronok sangat.. Tengok2 kau yang kena game nanti, hahahaa.. Jga anak duduk rumah diam2.. “
” Music last tu, HAHAHA… Memang tak sabar btul tggu sha pergi china, hahaa. Ap2 pun, suka tengok Ubai dan Sha, sweet sangat.. Moga kekal hingga ke jannah.. “
” Haha aku nk gelak weiiii kurang asam ubai.. Hahha lelaki sehari dua je santai… Hari ke 3 aku dh meroyan mcm dunia ni kosong.. Tggu tgk nanti, kalau tak percaya.. “
” Benda dh rancang. ngam helmet sampai dulu sblm shila ke china. Permainan ubai, hahahaha.. Video ubai ni tak pernah tak buat aku ketawa, semua kelakar.. “
Sweet sungguh Ubai dan Shila, seronok betul Ubai menyakat isteri tersayang. Untuk sekadar info, Shila diberi penghormatan untuk membuat persembahan di 15th Beijing Internasional Film Festival dan persembahan Shila di majlis tersebut mendapat pujian ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ubaihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

