Artis / Selebriti
” Dia menari tu macam nak wrestling eh, comel betul.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Achey dan anaknya, Tiara Zinnirah menyanyikan lagu Balik Kampung buat ramai terhibur. Wah, bukan main confident lagi Tiara walaupun tempo lari. Tiara punya joget tu memang random, lawak lah Tiara..
Meninjau ke akaun Instagran MeleTOP, perkongsian sebuah video yang memaparkan Achey dan anaknya, Tiara Zinnirah menyanyikan lagu berjudul Balik Kampung telah meraih perhatian ramai. Wah, rasanya ini kali pertama pasangan anak beranak ini membuat persembahandi hadapan umum.
Achey dan Tiara berpakaian sedondon berwarna maroon dijemput ke program MeleTOP Raya tempoh hari. Persembahan kedua anak beranak ini amat dinantikan oleh para peminat terutamanya peminat Tiara kerana sikap Tiara yang kelakar.
Tiara dilihat sangat confident ketika membuat persembahan dan menari sambil menyanyi. Walaupun tempo Tiara agak lari, namun ia tetap menghiburkan. Tiara aeperti membuat konsert sendiri sahaja apabila mengajak ramai-ramai menyanyi bersamanya.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Turut dikongsikan sebuah video ketika sesi rehearsal kedua anak beranak ini sebelum membuat persembahan. Tiara dilihat memang sangat minat menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
@delilamirasari Masa dia sampai studio nampak dia cm xbape nk ada mood, ehhhh dgr lagu jeee dia terus lain mcm ehhh… 🤣🤣🤣 Tiara..Tiara.. 😂😂😂
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat persembahan Tiara. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Tak boleh la tertengok Tiara ni ..mesti terbayang video yg dia pakai gigi palsu atok dia tu.. Tiara ni bapak dia belikan confident dekat shopee ke.. “
” Si Tiara ni tak pernah tak lucu lah. She so cute. Salam dr Singapura & Selamat Hari Raya.. Tiara nie kelakar dia mmg ayah dia xboleh lawan.. “
” Tengok anak achey teringat arwah abam.. Tiara ni pelapis cik b Tau.. Tiara ni selalu menghiburkan.. Comel giler!!!! Aduhai tiara ni lucu lah mcm ayah dia.. “
” Dia dgn matin sama2 random ye..Comelll. Nak buat aku ketawa jee tgk setiap kali tiara.. Hahahhahaa dia menari tu mcm nk wrestling ehh.. hahahhaa comel btul.. “
” Hahahaha memang budak ni tau.. Tiara mmg random apa² pun blh.. Tone lari takpe dik, janji kami terhibur… “
” Klon Cik B in The making.. ni klau jarak jauh. xyah test DNA.. dah ketara sangat dah tu.. Sebijikkk bapak dia. Siap panggil semua nynyi sekali lak tu.. “
” Yg penting tempo tiara ! Hahaha cute overloadsddd.. Kau ni kn tiara adoiii lah nakkk oiii smpai keras2 pipi aunty ni gelak.. “
Comel sungguh melihat gelagat Tiara ketika membuat persembahan. Pandai Tiara menari dengan gayanya tersendiri. Kalau dua anak beranak ini masuk ke pertandingan Maharaja Lawak, mesti tidak kering gusi melihat gelagat Tiara. Tiara memang mewarisi bakat ayahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop, Tiktok Delaila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

