Artis / Selebriti
” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen
Video telatah Ezwan Zain ketika menonton konsert isterinya, Erra Fazira buat ramai terhibur. Aww, sambil rakam video, sambil senyum sorang-sorang yer Mr. E tengok isteri tengah menyanyi..
Konsert Reunion Sembilu yang menyaksikan gabungan tiga bintang ikonik iaitu Datuk Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain telah berlangsung dengan penuh gemilang semalam. Ribuan penonton membanjiri Axiata Arena, Kuala Lumpur bagi menyaksikan persembahan istimewa yang sarat dengan nostalgia dan kenangan era 90-an.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok milik radio Era, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan suami Erra Fazira, Ezwan Zain yang turut hadir menyaksikan konsert tersebut. Kehadiran Ezwan jelas mencuri perhatian, apabila telatahnya merakam persembahan Erra tanpa henti menggunakan telefon.
Menerusi video berkenaan, kelihatan Ezwan tidak lekang dengan senyuman ketika merakam isteri tercinta yang sedang menyanyi di atas pentas. Turut kelihatan bersama di sisi Ezwan adalah anak Erra, Engku Aleesya yang bersama-sama menyaksikan persembahan tersebut.

Perkongsian video itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur melihat telatah Ezwan yang begitu fokus merakam setiap momen Erra. Ramai yang menyifatkan tindakan Ezwan itu sebagai tanda kasih sayang dan sokongan penuh terhadap kerjaya isterinya.
Tonton video di bawah ini :
@era.je Sweetnya Mr. E siap record, bagi standing ovation lagi untuk isterinya @errafazira kat Konsert Sembilu 💚 #ERARadioNo1PalingLegit
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee. Senyum je mr E tgk cinta hati menyanyi.. Semoga kekal hingga ke jannnah.. “
” Dia senyum je sepanjang merekod. Memang dia betul2 suka dan sayangkan isteri dia.. Sweet sangat lah tengok.. Alahai.. “
” Amboiii Mr E senyum smp ke telinga tengok wife perform.. Aku suka betul tengok pasangan pengantin baru ni.. Sweett.. “
” Bersungguh-sungguh eh, hahaha sweet lah Mr E ni, hehe.. Semoga terus kekal bahagia yer Mr E & Erra.. “
” Sayang isteri lah katakan.. Suka tgk yg hepi² ni.. Alhamdulillah.. Semoga bahagia ke akhir hayat korang berdua.. “
” Kita yang tengok pun tumpang senyum sekali lah, eh eh eh sweet betul cik suami Erra ni rupanya.. Happy kita tengok.. “
” Untung Mr.E terus dpt dok dpn tgk artis² legends tu, hehe.. Aleesya pun nmpk selesa dgn daddy baru.. Alhamdulillah, keluarga bahagia.. “
Bukan itu sahaja, para peminat turut mendoakan agar pasangan ini terus kekal bahagia dan dilimpahi kebahagiaan dalam rumahtangga yang baru dibina. Keharmonian yang ditampilkan jelas membuatkan ramai tersenyum dan tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

