Artis / Selebriti
” Dia buat tarian main siku-siku pula. Hyper betul Kepom kalau boleh menari, haha.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Gelagat Elly Mazlein Dan Munaa Bella Menari Lagu Sean Lee Buat Ramai Terhibur. Lain Macam Tengok Kak Lina Pom Pom Menari. Berdekah Munaa Gelak Tengok Kak Lina, Haha !!
Elly Mazlein antara selebriti yang mempunyai ramai peminat. Apa sahaja perkembangan tentang diri Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina ini menjadi perhatian ramai. Selain bergelar penyanyi dan pelakon, Elly juga bergelar pengacara dan penyampai radio di stesen Radio Era.
Setiap hari Ahad, Elly akan mengendalikan segmen Carta 40 Era. Banyak aktviti menarik dilakukan oleh Elly bersama artis-artis jemputan. Seperti beberapa minggu ini, Elly membuat video karaoke menyanyikan lagu-lagu leman. Perkongsian tersebut turut mendapat pujian ramai dek kelunakan suara Elly menyanyi.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah Elly bersama Munaa Bella menari lagu baru Sean Lee. Pada awalnya, kelihatan Elly begitu semangat mengikut rentak tarian yang dibuat oleh Sean Lee menerusi video klipnya.

Semakin lama rentak lagu itu sukar diikuti oleh Elly dan Munaa. Bahkan mereka berdua cuba sedaya upaya untuk melakukan dengan baik, namun gaya Elly menari telah mengundang tawa Muna. Sehingga kini, video Elly dan Muna menarik menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan telatah Elly menari. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia buat tarian main siku-siku pula. Hyper betul Kepom kalau boleh menari, haha.. Kepom kalau tak buat perangai memang bukan Kepom lah.. “
” Sorry dengan kak linaa confirm kalah yaaa kak linaaa memang no syaaatuuu hehhehe.. Takde siapa yang boleh lawan, hehee.. “
” Kepom tak pernah duk diam.. Kesian ke suraya dgn Elly Mazlien.. Tkpe lah kepom no syaatuu.. Tak mungkin Suraya pulak kan.. “
” Weh aku tgh tggu anak mengaji, aku gelak sesorg weh tgk kak Elly.. Berdekah aku.. Kalau org lain tgk aku katanya gile kot.. Hakak mmg lucu thauuuu.. “
” Dia punya energy kalah TNB hahahaa.. Mahu elektrik pun lari beb tengok Kepom.. Tak penat ke hahaha sentiasa aktif betul, haha.. “
” Berkali2 aku ulang tengok, lawak betul lah tengok Kak Lina kita menari, habis gaya dikeluarkan dia.. Berdekah kawan sebelah tengok.. “
” Kak Lina mesti over mkn makanan manis eh.. Jgn hyper active tertiba.. Sean lee menyanyi.. Teringat dia nyanyi parodi lagu BTS ngan Kyopropaganda lagu PUASA dulu.. “
Elly kalau tak buat perangai ‘masuk air’ memang tak sah, part last tu berdekah Munaa dibuatnya. Betul lah kata peminat, bagi lah apa-apa pun watak untuk Elly, semua dia ‘tapau’ habis. Apa-apa pun semoga Elly terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan segalanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti21 hours ago Artis / Selebriti21 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
