Artis / Selebriti
” Dia boleh pula buat muka malu-malu. Comel betul KJ, hahaha.. ” – Netizen
Video Khairy Jamaluddin Ditemuramah Oleh Personaliti Media Sosial, Mekyun Buat Ramai Terhibur. Wah Cita-Cita KJ Yang Masih Belum Kesampaian Memang Tak Sangka. Malu-Malu KJ Bila Mek Yun Tanya Apa Rahsia KJ Kekal Tampan, Hehe !!
Sejak bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bertugas sebagai penyampai radio di stesen radio H0t FM, ramai yang teruja dan tertunggu-tunggu untuk mendengar suara Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ ini di corang radio pada setiap pagi Isnin.
Terbaru, meninjau di akaun Instagtam milik personaliti media sosial iaitu Mekyun telah berkongsi satu video sedang menemuramah KJ. Ada beberapa soalan yang dipilih secara rawak oleh Mekyun daripada followers untuk bertanya kepada KJ.
Soalan pertama Mekyun adalah KJ lebih suka menjadi menteri atau penyampai radio. KJ telah mengatakan sejak tidak aktif buat sementara dalam bidang politik, KJ lebih suka menjadi penyampai radio hingga tidak terasa rindu untuk bergelar menteri.

Manakala soalan kedua mengenai cita-cita KJ jika tidak bergelar seorang ahli politik. KJ mengatakan yang dirinya teringin bergelar seorang pelakon dan sempat KJ berseloroh bertanyakan watak apa yang sesuai dengannya. Soalan terakhir Mekyu adalah rahsia KJ yang masih kelihan kacak hingga sekarang.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen rata-ratanya menyukai perkongsian Mekyun dan terhibur melihat telatah KJ dan Mekyun. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia boleh pula buat muka malu-malu, comel betul KJ, hahaha.. Nnti boleh try KJ berlakon jadi Hang Tuah, Mekyun.. Erm jadi pengiring Puteri Hanglipo.. “
” Cute je part dia tutup mulut kata not miss being a minister, hahahaa. .Tapi serius memang best lah KJ jd dj, tak sabar tiap mggu tggu hari isnin.. “
” Series lah terbaik KJ. 360 darjah berubah dan lebih suka untuk mengikuti.. Semoga rezeki KJ di dunia hiburan melimpah2.. “
” Nak lagi episode borak borak ni.. Nanti Mekyun boleh la bual dengan ramai2 orang terkenal kat Malaysia ni.. Sy suka, sy suka.. “
” Suka rgk reaction KJ, humble je layan soalan Mekyun.. Nak jd pelakon yer, sesuai jd Dato2 la kot atau pun cite askar2 nice KJ. Dia pun ada penampilan askar dah. Wataniah kan.. “
” Tak ley la tengok KJ malu malu, makin handsome arr.. Dua2 comey bg watak ketua s4mseng la.. Lain dari yang lain, hahaha.. “
” Hehehehe wah mekyun best3, we want more.. Tanya pasal budu terus KJ kecek kelate, hahaha comel dooh lah mu KJ.. “
Mencuit hati semua jawapan yang diberikan oleh KJ kepada Mekyun. Selain terhibur, ada yang memuji sikap KJ yang begitu humble ketika ditemuramah oleh Mekyun. Apa-apa semoga KJ terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan semoga segalanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mekyunn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

