Artis / Selebriti
” Dengarlah ini, Akiko. Aku tidak akan kahwin lain. Aku janji.. ” – Ridzokumura
Perkongsian Ridzokumura surat untuk arwah isterinya, Akiko buat warganet sebak. Luahan hati yang cuba untuk redha atas pemergian isteri tercinta. Sedihnya baca kata-kata Ridz buat Akiko..
Cepat masa berlalu, hampir 6 bulan sejak isteri kepada usahawan, Ridzokumura iaitu Akiko Okumura pergi meninggalkan Ridz dan anak mereka, Sky Taizo Okumura. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul dan rata sedih itu masih menebal dalam diri Ridz dan Sky.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ridzokumura, telah dikongsikan satu coretan khas untuk Akiko. Luahan hati Ridz ini sarat dengan rasa rindunya terhadap Akiko yang tidak pernah berkurang. Hatinya masih terluka dan masih mencari-cari bayang Akiko.
Ridz turut meluahkan segala yang terpendam dalam hati kerana dirinya merasa sakit menanggung segalanya sendirian. Kehadiran Akiko banyak mengubah hidup Ridz. Tidak akan ada wanita yang seperti Akiko, menerima Ridz seadanya walaupun Ridz orang susah dan Akiko pula orang berada. Itu bukan halangan untuk cintanya terhadap Ridz.

Kekurangan Ridz dilengkapi oleh Akiko dan keikhlasan Akiko mencintai dan menyempurnakan hidup Ridz satu nikmat yang tidak akan Ridz lupakan. Walaupun Akiko telah tiada, harapan Ridz agar mereka akan bertemu di syurga nanti. Akiko satu-satunya wanita dalam hidup Ridz dan tiada yang dapat menggantikan Akiko. Janji setia Ridz terhadap Akiko dan cintanya sampai ke akhir hayat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Setia dan cinta hingga hujung nyawa.. Mcm cinta org dulu2.. terlalu setia.. sy yakin Allah akan gantikan kesedihan abg ridz dn sky dgn sesuatu yg membahagiakan.. Aaminn Ya Mujib.. “
” Abangg Ridz dan Akiko mmg ditakdirkan utk bersama selamanya sampai syurga, insyaAllah aaminnnn.. “
” Sedihnya bang. Sy doakan abg kuat dan terus kuat. Semoga kalian bersatu di syurga Allah nanti ya.. “
” Sedihnya baca, insha Allah akan bersatu kembali di jannah firdausi. arwah mmg bidadari syurga. cara susun atur hidangan cantik.. warna warni mcm syurga.. “
” Allahuakhbar sedihnya.. nangis kita.. dah la kubur arwah dekat tmpt yg sama dgn arwah ibu saya. Semoga sky dan abang kuat, banyakkan berdoa ya.. nanti bertemu di syurga ya bang.. “
” Allahu sebaknya baca nukilan ridzokumura .. semoga semakin hari semakin tabah dan kuat mengharungi dugaan Allah yg hebat ni, Insyaallah.. amiin.. “
” Aku pun ikut menangis.. Allahuakbar, saakitnya rasa kehilangan, moga tuan dan anakanda sky sentiasa dalam lindungan Allah, berbahagia selalu, Alfatihah Allahyarhamah Akiko.. “
Berpisah di dunia untuk sementara dan pastinya akan bertemu di sana nanti. Semoga arwah Akiko tenang di sana. Buat Ridz dan Sky, semoga kalian berdua terus diberi kekuatan untuk menghadapi segala kesedihan dan rindu yang tidak akan ada penghujungnya ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

