Artis / Selebriti
” Dengar suara Dr Halina tahan gelak, funny la Adam ni sampai ke situ fikir.. ” – Netizen
Datin Dr Halina Kongsi Video Anak Lelakinya, Sheikh Adam Belajar Mengaji Yang Begitu Mencuit Hati. Ad0i Adam, Tak Pernah Dibuat Orang Baca Macam Tu. Kelakar Tapi Cerdik Lah Adam !!
Keluarga angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor sentiasa menjadi perhatian warganet yang mengikuti perkembangan mereka. Dr Sheikh yang mengahwini Datin Dr Halina 10 tahun lalu kini sudahpun dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu Tasha, Bella, Adam dan Noah.
Seperti Dr Sheikh, Dr Halina juga sering berkongsikan ragam anak-anaknya di akaun sosial Instagram. Umum mengetahui, Dr Halina kini sedang hamil sepasang anak kembar dan dijangkakan bakal bersalin penghujung bulan Disember nanti. Ini merupakan anak kembar kedua mereka setelah Adam dan Noah.
Meninjau akaun Instagram Dr Halina, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat salah seorang anak kembarnya yang bernama Adam. Dr Halina bercerita di kapsyennya kisah Adam yang ingin belajar mengaji huruf hijjahiah kepada baris atas.

Apa yang melucukan adalah sebutan yang spontan disebut oleh Adam ini. Mendengar Dr Halina menyebut ‘ Alif di atas’, spontan Adam menyebut upstairs kerana perkataan ‘atas’ yang didengarnya itu. Alahai Adam sempat lagi translate ke bahasa Ingger1s, kelakar Adam ni.
Jom tonton video di bawah :
Cara sebutan Adam ini menarik perhatian netizen. Habis semua ditukarkan baris atas jadi upstairs, mencuit hati sungguh Adam ni. Antara komen-komen netizen :
” I agreed with you dr. Terhibur la dgn “ا upstairs “aaa” adam tu. Alif upstairs, Genius hehehe.. “
” Kalau ada member nama alif, “Mummy what is Alif doing at upstairs? “. Penattt nak menjawab.. “
” Sy suka cara dr halina didik anak.. masih guna old school .Upstairs also can Adam. So cute Hahaha Upstairs Comelnyaaa.. “
” Dengar suara Dr Halina tahan gelak, funny la Adam ni sampai ke situ pemikiran dia Hahhaha.. bijak adam. Alif upstairs so comel. Semua upstairs, so cute.. “
” Ohmygodd alif upstairs. This is soo my kid when he’s in play-mood. He’s literally every where and cant stop moving. MashaAllah may Allah guide our children so they become soleh and solehah. Aminn.. “
” Very tinggi kesabaran doc bagusnye tak bleh nak terima / hadam bila anak2 buat camni ha3 slalu kena mar4h, jer1t diorang. Kita pon letih jadinya.. “
” Kekee… pandai .. ‘upstairs’.. Tak tahan dgr dia baca… Alif upstairs… hahahaha….oh Adam. Terbahak gelak. Comei.. “
” Alif upstairs.. bertabahlah mommy dr halina sebab saya pun guna kaedah ‘old school’ bila ajar anak2 buah ngaji.. “
” Alif upstairs pon hado. lucu betul la adam ni hehehehe. part upstairs tu lawak.. Hihihi.. simbol diatas tu dia naik tangga tau mommy.. bijak sygku.. “

Ad0h lah Adam, boleh tergelak kalau Ustaz atau Ustazah dengar ‘Alif upstairs’ ni. Mujur mamanya penyabar banyak dan layankan sahaja telatah Adam yang comel ini. Apa pun, semoga Adam membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijaksana seperti ayah dan ibunya. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr Halina Mohd Yunos
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu

