Artis / Selebriti
” Dengan mulut comot, habis dia review orang sekeliling dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak lelaki Shuib Sepahtu, Ariq Matin merakamkan suasana ketika di berada di Masjid Nabawi buat ramai terhibur. Alahai daddy minta pegang telefon je, sekali Matin buat vlog lah pulak. Siap orang-orang kat keliling dia kena review sekali, haha..
Umum mengetahui selepas hari raya Aidilfitri baru-baru ini, keluarga pelawak Shuib Sepahtu telah pun berangkat menunaikan ibadah umrah. Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan oleh Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah di akaun Instagram milik mereka.
Paling istimewa, Shuib dan Watie kali ini turut membawa anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan ketika umrah kali ini. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Shuib, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak ketiga Shuib, Ariq Matin sedang merakamkan suasana ketika berada di Masjid Nabawi.
Menerusi video itu, Matin memberitahu dia sekarang berada berdekatan dengan kawasan makam Nabi Muhammad SAW. Bukan itu sahaja, Matin juga merakamkan telatah orang-orang di sekelilingnya. Gelagat comel Matin membuat video tersebut telah mengundang tawa warganet.

Ramai yang terhibur mendengar percakapan Matin yang seolah-olah sedang membuat video channelnya sendiri. Ada sahaja perbuatan Matin yang mencuit hati yang menonton. Sehingga kini, video Matin tersebut telah menerima belasan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dengan mulut comot, habis dia review orang sekeliling dia, haha.. Random la dak Matin ni kan… Terima kasih adik.. Kita kasi amik video skit, hahaha kelakooo.. “
” Doakan utk acik ye matin utk sampai mengerjakan haji ye.. Sampaikan salam acik pada Nabi Muhammad saw.. MasyaAllah Matin anak yang bijak.. “
” Matin and kai chanel, berdekah aku gelak, hahahaha.. Matin ni memang kelakar betul lah, paling kelakar bila dia rakam muka budak tu, haha.. “
” Alooloo.. Bijaknya Matin ni. Habislah daddy mommy, ktorg nak tgk Matin je.. Dah la daddy & mommy. Lepas niii Matin ambik habis pay review kalah mommy ler, haha.. “
” Terima kasih dik… Kita amik video sikit ye…. Macam abang² la Matin.. Akhirnya dia dh botak. Gitu je dak Matin ni fire orang, haha.. “
” Ya Allah bijaknya Matin.. Dah lah comel.. Pandai pula bercakap.. Nampak nanti mesti Matin jadi orang yang berjaya.. Tengok dia cakap langsung tak segan.. “
” Boleh dah buat vlog hari² terhibur kita tengok.. Moga jadi anak yang soleh ya Matin.. Terima kasih kongsi suasana di sana.. “
Kongsi Shuib di ruangan kapsyen mengatakan, sebenarnya dia hanya minta Matin untuk memegang telefon dan tidak menyangka Matin membuat video seperti itu. Apa-apa pun, semoga segala urusan Shuib sekeluarga menunaikan ibadah umrah dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

