Artis / Selebriti
” Dapat menantu dah dia. Anak bujang Tokram saling tak tumpah.. ” – Netizen
Datin Alyah Kongsi Gambar Sekeluarga Ketika Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Dato’ Ramli MS, Nadiah. Wah Cantik Anak Tok Ram, Menantu pun Kacak. Eh Anak Bujang Tok Ram Tu Muka Sebijik Sama Macam Tok Ram !!
Tidak terlalu terbuka bercerita perihal peribadi, Datin Alyah dan Dato’ Ramli MS antara pasangan yang disenangi peminat. Dato’ Ramli pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan dua orang anak bernama Najee Ramli dan Nadiah Ramli.
Meninjau akaun Instagram Alyah Abu Hasan, telah dikongsikan gambar keluarga besar Dato’ Ramli ketika majlis perkahwinan puterinya, Nadiah. Majlis yang berlangsung semalam ini walaupun ringkas namun cukup memberi makna kepada seluruh keluarga.
Alyah sendiri menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana majlis ini berjaya disempurnakan. Mengucapkan ucapan terima kasihnya kepada mantan isteri Dato’ Ramli iaitu Jennifer Thompson kerana diberi peluang untuk sama-sama menyiapkan majlis bersejarah Nadiah ini.

Nadiah menikahi seorang jurugambar bernama Taufiq Nadzri setelah setahun mengikat tali pertunangan. Pasangan sama cantik sama padan ini mengenakan busana pengantin berwarna putih dan nampak berseri-seri sekali.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian Alyah ini mendapat ucapan tahniah dan perhatian daripada peminat. Nampak mesra sahaja Alyah bersama Nadiah dan Jennifer. Antara komen-komen peminat :
” Tahniah dapat menantu, segak lawa semua. You look beautiful Datin, baju sangat cantik dan matching juga.. “
” Wahh.. Tahniah Datin dan Tok Ram terima anak menantu. Quite a happy family, spread love. Love sangat picture ni.. “
” Alhamdulillah cik jah, dapat menantu dah. Lovenya tengok family ni, mak mertua segak aihh. Pasni tokram timang cucu pulak.. “
” Tahniah dato dan datin terima menantu, Aww cutenya anak tokram. Semoga ikatan kekeluargaan berkekalan hingga ke Jannah.. “
” Alhamdulillah. Tahniah tokram datin alyah. Selamat Pengantin Baru pd nadiah ramli. Tak lama lagi tok ram dapat cucu..yeyy.. “
” Cantik semuanya, congratulations kpd kedua pengantin & Selamat Pengantin Baru to anakanda. Tok Ram dan twinnya haha, copycat.. “
” Dpt menantu dh dia.. Happy to see you guys.. semoga pasangan mempelai berbahagia hingga ke Jannah. Ya Allah anak bujang tokram. Saling tak tumpah Haha, Happy for you datin.. “
Selamat sudah Nadiah bergelar isteri dan selepas ini pastinya giliran Najee pula untuk naik pelamin. Najee juga tinggi dan nampak iras sungguh dengan Dato’ Ramli. Apa pun, tahniah kepada Nadiah dan pasangannya, semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah Abu Hasan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

