Artis / Selebriti
” Dah nak kahwin lah dia, dulu kecil je. Cepatnya masa berlalu.. ” – Komen Netizen
Video Majlis Bersiram Erissa Puteri yang popular dalam drama SMK raih perhatian ramai. Wah, Erissa bakal bergelar isteri tidak lama lagi..
Meninjau ke akaun Tiktok Budak Tadika, perkongsian sebuah video yang memaparkan Majlis Mandi Sampat atau Majlis Bersiram pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri telah meraih perhatian ramai. Erissa dahulunya merupakan artis cilik kini sudah pun meningkat dewasa.
Di usia 22 tahun, Erissa bakal mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya bernama Danial. Majlis Bersiram ini diadakan mengikut adat bertujuan untuk menaikkan seri bakal pengantin. Jarang sekali di zaman moden ini masih ada lagi mengamalkan adat ini sebelum tiba hari bahagia pasangan pengantin.
Erissa tampil cantik dengan memakai kain batik dan berbaju kemeja putih. Majlis ini dijalankan mengikut adat dengan kedua ibu bapa Erissa menyiram Erissa yang duduk di bawah kain putih. Ia hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sekadar info, Erissa mula menceburi bidang seni ketika usianya 11 tahun apabila bakatnya dicungkil menerusi program Ceria Popstar.
Jom tonton video di bawah :
@budak.tadika Replying to @cdz Kenapa kena siram? 😁 cuba tengok… betul ke sbb ni? #fyp #fypviralシ #xyzabc #pengantin #adat
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Alala dah nak kwen lah dia… lawaaa sngt erissa…dia ikut ceria popstar dlu..ngan wafiy..dlu kecik je…cpt nya msa berlalu.. “
” Wah… Masa berlalu terlalu cepat….saya rindu wafiy bersama errisa….. Nmpak sngat aku dah tua ..erissa pon dh khwin.. “
” Weh ingatkan sekolah lagi.. rupanya dah nak kahwin.. sebaya aku banyak dah kahwin termasuk erissa,aku ni je belum kahwin.. “
” Umur dia berapa???? Aku rasa dia lagi muda dari aku.. Amacam yang umur 24 ke atas tu , budak astro ceria ni nak kawen dah .. korang? “
” Bersiram lebih kurang mandi bunga untuk naik seri pengantin… dh kawin?weh still terngiang2 waktu diorang berlakon super game boy.bpk cpt masa sekarang.. “
” Ya Allah bride pun lawoo gilo. naiknya seri muka diaa.. besar dah dia…kita makin menua… Semoga di permudahkan segala Urusan untuk Erissa Puteri.. “
” Bf wafi,mya sara&lain2.femes dlm astro ceria dulu super game boy. mse kcik dlu htm mns je.kjp je dh nk jd bni org dh.. “
Wah betapa pantas masa berlalu dan tanpa disedari Erissa bakal bergelar isteri tidak lama lagi. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Erissa dan Danial untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tahniah diucapkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Budaktadika
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

