Artis / Selebriti
” Dah lah lawa, sweet, pandai masak pulak tu.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Wan Sharmila Sedang Memasak Beberapa Juadah Makanan Raih Pujian Warganet. Amboi Lala, Masak Pun Cantik. Nampak Sedap Semua Lauk Yang Lala Masak Tu. Sampai Ada Yang Nak Jadikan Menantu, Untung Bakal Suami Lala Nanti. Hehe !!
Nama pelakon Wan Sharmila memang dikenali ramai. Lebih gemar disapa dengan panggilan Lala, Lala antara pelakon yang mempunyai bakat besar dalam bidang seni tanah air. Banyak lakonannya sebelum ini mendapat pujian para penonton.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Lala, telah berkongsi video yang memaparkan Lala sedang memasak beberapa juadah makanan. Meskipun lauk-lauk yang dimasak oleh Lala itu ringkas, namun ianya kelihatan begitu menyelerakan.
Dilihat gaya Lala ketika masak memang dirinya seorang tidak kek0k melakukan kerja-kerja di dapur untuk memasak dan sempat Lala berkongsi skill memasak. Selain itu, penampilan Lala ketika masak juga sangat cantik dengan mengenakan jubah.

Perkongsian oleh Lala itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji Lala seorang yang pandai masak. Sehingga kini video Lala memasak telah menerima lebih 15 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain masakan Lala dipuji, penampilannya juga turut mendapat pujian ramai. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dah lah lawa, sweet, pandai masak pulak tu. Jadi calon menantu aunty nak tak, hehehe. Untung lah siapa dapat Lala.. “
” Pada yang sedang cari calon isteri, ni laa orgnya sebab nampak pandai masak. Air tangan isteri, mantapppp lalaaaaa.. “
” Cantik, manis, sopan, lemah-lembut, menutup aurat dgn smpurna. Semua pakej yg ada pd Lala. Didoakan smoga Lala kekal istiqomah dan menuju ke arah kebaikan, aamin..”
” Ya ampunn masak siap pakai baju kepok2 tu. Klau iols mau lengan kene minyak dah, Lala sempoi je bergaya, haha.. “
” Fuuuhhh memang syahdu la. Terliur tengok Lala masak, rupanya Lala pandai masak ye, wooww semua lauk nampak sedap.. “
” Have a good day may god bless u always Lala. Seronok tengok Lala masak, tumpang terliur tengok, haha.. “
” Masak pun lawa, hehe. Tak boleh jadi ni, esok kena try juga lah masak lauk Lala ni, nampak semua mengiurkan lah.. “
Alahai ada yang nak jadikan Lala menantu lah selepas tengok video Lala masak. Untung lah bakal suami Lala nanti sebab dapat bini pandai masak macam Lala. Apa-apa pun semoga kehidupan Lala sentiasa bahagia dan moga Lala terus berjaya dalam apa jua bidang yang Lala ceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG lala.wansharmila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
									 
									 
									 
									 
									
