Artis / Selebriti
” Dah lah cantik, pandai pula menghafal Al-Quran tu.. ” – Komen Netizen
Video Anak Betty Banafee, Julia Dargus Membaca Ayat Suci Al-Quran Raih Perhatian Ramai. Alahai Cantik Sungguh Julia, Persis Wajah Ibunya Ketika Waktu Muda !!
Meninjau ke akaun Instagram Betty Banafee, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak perempuan Betty iaitu Julia Dargus membacakan beberapa surah Al-Quran telah meraih perhatian ramai. Julia merupakan anak sulung Betty bersama bekas suaminya , Bruce Dargus.
Selain daripada kelancaran Julia membaca ayat suci Al-Quran, kecantikan Julia yang kini sudah berusia 11 tahun turut mencuri perhatian ramai. Memiliki rambut panjang yang kerinting, berhidung mancung dan berkulit putih membuatkan wajah Julia cukup sempurna.
Betty memanjat rasa syukur kerana Julia sudah boleh menghafal surah-surah pendek hasil daripada pendidikan yang dipelajarinya di sekolah. Sebagai seorang ibu, pastinya berasa sangat seronok melihat kemajuan anak terutamanya dalam didikan agama.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Selepas ini Julia boleh meneruskan hafazan dengan surah-surah Al-Quran yang lebih panjang. Tahniah diucapkan kepada Julia.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ramai yang memuji kecantikan anak Betty ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Mnghafal dh cntik lg cntik klu brtudung lg brtbh cntik.. U are so adorable girl.. Masya Allah Julia ,, padahal aunty ft rindu sm Juliana.. “
” Alhamdullilah.. Miss you julia hope soon meet u dear miss u too mummie betty.. Cantikkkknyee dia bijak pulak tu.. “
” Kak Betty junior.. Masha’allah tabarakallah Alhamdulilah cantik luar dalam insha’allah.. Didikan dan pengorbanan mami dia yg jadi bagus.. “
” Oh dear dah besar anak Betty ni Alhamdulliah Segala puji2 kpd Allah SWT..pndai dah dia mghafal surah2 lazim. Alhamdulliah.. “
” Didikan dan pengorbanan mami dia yg jadi bagus.. Wah, Akak Betty junior! Cantik & pandai.. Alhamdulillah pandai.. “
” Alhamdulillah..dah la cantik..pandai plak menghafal Al Quraan tu..tahniah Betty proud of u.. Amin amin Ya Allah Qabul .. “
” Salam betty..dah nampak anak dara sgt dh anak u… sekejap je mase berlalu kn.. dulu tengok chomel je. .skrg skrg terus dah remaja.. “
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Julia mewarisi kecantikan ibunya yang mempunyai darah kacukan melayu, arab, jawa dan belanda. Semoga Julia Dargus membesar menjadi seorang anak yang solehah serta berjaya dalam kehidupan. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Betty Banafee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

