Artis / Selebriti
” Dah kenapa pulak aku yang sebak, lagu ni memang khas untuk puterinya.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Dr. M. Nasir menyanyikan lagu Nur Nilam Sari dalam majlis perkahwinan anak perempuannya raih perhatian ramai. Oo ni rupanya Nur Nilam Sari, cantik orangnya. Tak sangka, suami pun sporting menyanyi bersama-sama bapa mertua..
Meninjau ke akaun Instagram Sinarmy, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Dr. M. Nasir sedang menyanyikan lagu berjudul Nur Nilam Sari ketika dalam majlis perkahwinan anak perempuannya telah meraih perhatian ramai.
Lagu tersebut sememangnya diciptakan khas buat puterinya itu dengan menggunakan nama sebenar dan telah dipopularkan oleh sebuah kumpulan rock. Jadi apabila ia dinyanyikan dalam majlis perkahwinan Nilam Sari ia merupakan satu yang cukup istimewa.
Apa yang turut mencuri perhatian ialah menantu lelaki Dato’ Dr M. nasir turut sama-sama menyanyikan lagu tersebut dan nampak sangat sporting. Nur Nilam Sari yang berada di sebelah Dato’ Dr. M. Nasir turut menitiskan air mata apabila mendengar lagu ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Untuk rekod, Nur Nilam Sari merupakan anak Dato’ Dr. M. Nasir menerusi perkahwinan pertamanya bersama arwah Junainah Johari.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Dah kenapa pulak aku yg sebak… Huhu. Muka menantu tu dah nak sama dengan M Nasir. Kot ye pun dato m nasir peluk la anak tu masa anak sampai kat dia, kan dia tgh nangis.. “
” Best nya tgk menantu beliau.. personally pernah met him masa handle projek malam puisi di UM 20 thn lepas.. mmg Dato’ sempoi sgt .. “
” Menantu nampak cam kaki karok tu, happy dia. Tadi baru tenguk pengantin yang simple tapi cantik sangat berwajah klasik.. “
” Selepas 3 putera baru Dato dpt puteri weh .. x lama lepas tu .. ibu Nur Nilam Sari plk meninggal.. lagi ni memang khas utk si puteri .. tahniah.. “
” Besar dh Nur Nilam Sari ya Persis arwah ibunya. Tahniah.. Muka nur nilam sari ada iras mcm arwah mak dia.. Dgr lagu nie trs buka youtube..cantik sungguh anak dato m.nasir ye.. “
” Nama Nur Nilam Sari yang diabadikan sebagai tajuk lagu tersebut memang merupakan nama anak terakhir M. Nasir bersama Junainah..”
” Nur Nilam Sari merupakan satu-satunya anak perempuan pasangan tersebut selepas dikurniakan empat putera, iaitu Ilham, Yasin, Hidayat dan Syafi’i.. “
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Dr. M. Nasir kerana menerima menantu lelaki dalam keluarga mereka. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina oleh Nur Nilam Sari dan suami berkekalan sehingga ke syurga dan berbahagia selalu. Selamat pengantin baru.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

