Artis / Selebriti
” Dah kahwin dah Amna. Rasa macam baru tengok dia dulu masih kecil lagi.. ” – Netizen
Gambar Majlis Akad Nikah Anak Perempuan Wardina Safiyyah, Amna Nafeesa Raih Perhatian Warganet. Wah Tak Sangka Wardina Dah Dapat Menantu. Cantiknya Amna, Berseri-Seri !!
Sekali pun pelakon Wardina Saffiyah jauh beribu batu merantau ke negara orang, namun perkembangannya diikuti oleh ramai peminat menerusi akaun Instagram Wardina. Sekali pun sudah bergelar ibu kepada 3 orang cahayamata, namun Wardina masih nampak awet muda.
Meninjau entry terbaru di Instagram Wardina, telah dikongsikan satu khabar gembira mengenai anak perempuannya, Amna Nafeesa. Wardina seorang yang jarang berkongsi perihal peribadi di laman sosial dan kali ini Wardina mengkhabarkan Amna telah pun bernikah.
Memilih jejaka bernama Yusuf, Wardina menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan menantu dan keluarga besan yang baik. Cepat betul masa berlalu, Amna membesar menjadi seorang anak yang baik budi pekertinya dan cantik seperti Wardina.

Tiada yang lebih membahagiakan untuk seorang ibu apabila anak bertemu dengan jodoh yang baik. Wardina turut menitipkan pesanan untuk menantunya agar menjaga Amna dengan sebaiknya. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Wardina ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahniah alhamdullillah semoga baik baik selalu kami doakan.. ” – Shira
” Alhamdulillah, congratulations and May beautiful Amna and Yusof have a peaceful loving life together til Jannah.. ”
” Allah She’s married ? It feels like yesterday I saw her and she is still a girl in my mind. Time flies. Mabruk.. ”
” Ya Allah dah kahwin dah anak u? rs mcm br tgk dia dulu masih kecil lg amna ni.. cptnya ms berlalu.. smg dikurniakan rahmat&Mawaddah dr Allah,aminn.. ”
” Alhamdulillah Tahniah. Melihat Amna dari baby, sekejap masa berlalu.. Moga segala yg terbaik dan sentiasa dalam rahmat Allah utk Amna dan suami.. ”
” Masya Allah, buka IG pagi2 nampak this great news, congrats kak dina and fam bam may Allah grant them blessing, love and guidance.. bestnya dapat menantu.. ”
” Congrats Amna, kak dina and family.. kejap betul da besar.. semoga Amna dan suami bahagia dunia akhirat…. selamat menempuh alam perkahwinan… tahniah buat kak dina dan suami dapat menantu.. ”
” Tahniah Dh dapat menantu.. Barakallahufik buat kedua pasangan.. Saya ikuti kisah dia dari lahir, tup tup kawin dah. MasyaAllah. Saya pun belum kawin. Terasa tua haha. Tahniah Amna dan pasangan.. ”
Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru buat Amna Nafeesa dan Yusuf. Semoga ikatan perkahwinan ini dirahmati Allah, dikurniakan kebahagiaan dan berkekalan hingga ke jannah. Tahniah Wardina dan seluruh keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Wardina Saffiyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

