Artis / Selebriti
” Dah besar lah dia. Tengok Hamzah terus teringat pada Abam.. ” – Komen Netizen
Balu arwah Abam Bocey, Hidayah kongsi video terbaru bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah. Wah lama betul tak tengok Hamzah, dah besar sekarang. Hamzah makin kurus lah, dah tak bambam sangat macam dulu..
Arwah Abam Bocey dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan sebagai Syed Uthman Hamzah. Lahir pada 14 Jun 2019, Hamzah hanya sempat merasai belaian seorang ayah beberapa bulan sahaja. Pemergian Abam pada 10 Februari 2020 pasti akan menjadi kenangan pahit untuk Hamzah dan ibunya, Hidayah.
Selepas pemergian Abam, Hidayah gigih berniaga demi kelangsungan hidupnya dan Hamzah. Membuka kedai makan dan mengusahakan produk kecantikan wajah, Hidayah kini sudah mampu berdiri atas kakinya sendiri. Hamzah merupakan seorang anak yang baik dan menjadi pelengkap kehidupan Hidayah.
Meninjau entry di akaun Tiktok Hidayahhamzah Founder, telah dikongsikan satu video terbaru Hidayah bersama Hamzah. Ini demi memenuhi permintaan daripada salah seorang followers Hidayah yang bertanyakan mengenai Hamzah. Agak lama Hidayah tidak berkongsikan perkembangan Hamzah di media sosial.

Hamzah masih lagi chubby seperti dahulu, cuma kelihatan susut sedikit berat badannya itu. Seronok warganet dapat melihat Hamzah. Walaupun tidak dipaparkan wajah penuh Hamzah, ianya sudah cukup memadai. Ramai yang sayangkan dan mengikuti perkembangan Hamzah.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@hidayah_hamzah Replying to @Adeng cayang
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Alhamdulilah… semoga hamzah kuat bersama mama jalani kehidupan … bertuah sbb ada mama yg gigih n kuat pertahankan & membesar hamzah.. “
” Dah besar lah dia.. tengok Hamzah terus teringat pada Abam. sama betul Hamzah dengan arwah ayah.. Alfatihah arwah Abam.. “
” Handsome dah Hamzah.. dah kurus sikit hamzah sekarang.. kacak ni macam ayah. tengok hamzah macam tengok abam pulak.. “
” Assalammualaikum hamzah.. semoga hamzah dengan mama hamzah dilindungi setiap saat dan dipermudah segala urusan .. semoga membesar dgn sihat selalu iye syg.. “
” Lama tak nampak Hamzah.. dah besar dah Hamzah.. dah sekolah kee Hamzah ye.. Alhamdulillah.. “
” Handsome boy, besar dah dia.. umo hamzah dah berapa tahun yer.. makin besar dah.. “
” Big boy dah Hamzah.. dah besar dia.. nampak susut sikit.. moga terus membesar dgn sihat & jadi kebanggaan ibu ayah.. “
Sekian lama warganet tidak melihat Hamzah, akhirnya terubat juga rindu semua terhadap Hamzah. Semoga Hamzah membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya, insan yang berbudi pekerti serta berjaya dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok HidayahHamzah Founder, IG Hidayah Hamzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

