Artis / Selebriti
” Dah besar Azura, cantiknya Azura. Lawa teruk azura ni.. ” – Komen Netizen
Gambar terbaru Dato’ Jamal Abdillah bersama anak perempuannya, Azura Yamani raih perhatian ramai. Wah, dah besarlah Azura. Cantik sungguh Azura, ada yang cakap copy paste muka Dato’ Jamal..
Meninjau ke akaun Instagram Azura Yamani, perkongsian sekeping gambar bersama bapanya iaitu Dato’ Jamal Abdillah telah meraih perhatian ramai. Akaun media sosial ini merupakan milik anak perempuan Dato’ Jamal yang dikendalikan oleh ibu bapanya.
Sekadar info, Azura merupakan anak ketiga Dato’ Jamal menerusi perkahwinannya bersama Datin Zai Izzati. Ini merupakan perkahwinan kali keempat Dato’ Jamal. Dato’ Jamal juga mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinannya yang terdahulu.
Gambar tersebut memaparkan Azura memakai baju jeans dan berkasut sarung berwarna silver. Azura kini semakin besar dan ramai menyatakan wajahnya begitu seiras dengan Dato’ Jamal. Wajah Dato’ Jamal juga tidak begitu dimamah usia walaupun sudah berusia lebih 60 tahun.

Perkongsian gambar ini telah menerima lebih lapan ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Azura juga mewarisi kecantikan ibunya dan boleh dikatakan kesemua anak Dato’ Jamal cantik dan handsome belaka.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan wajah Azura. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Hello … Daddy daughter.. Sebiji muka daddy dia.. daddy nye dulu sampai sekarang still smart.. cantiknya azura.. indah ciptaan Allah.. “
” Cantik anak Dato Jamal Abdillah.. Dah besar Azura..berapa umur si comel nii.. Like mommy daddy. Lawo teruk azura ni.. “
” Ntahlah, rasa sedih plak tengok gambar ni. Nampak sangat dah peningkatan usia abg. Semoga Allah panjangkan usia dan beri kesihatan yang baik untuk abg.. “
” Segak comel anak Dato.. Comelnye Azura ni… Seiras betul dgn abang sulongnya yamaniabdillah .. comey sungguh la ank2 DJ dgn datin.. “
” Aku igt wara dh besaq tp ank gds dto jamal segaknsguh..dh mkpk dia elok ann.. Ma sha Allah cantinya azura.. cml btul azura tu.. “
” Cnteknye Azura rambut hitam lebat, Alhmdulillah Anugerah Dari Allah,cntik2 sngat ank2 DJA Dan Dtin. beshar dah dia yeee… “
” Comelnya Azura dah besar pasti cantik macam namanya. Mak nya cantik.. anak2 semua comel.. Kecik lagi dah lawa azura ni.. “
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Azura Yamani membesar dengan sihat, menjadi seorang anak yang patuh pada perintah ibu bapa dan berjaya dalam kehidupan. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azura Yamani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


