Artis / Selebriti
” Dah anak dara rupanya anak Mawi ni, tinggi betul Cahaya.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Mawi Bersama Anaknya, Cahaya Malaika Di Sebuah Majlis Raih Perhatian Warganet. Wah Dah Besar Dah Anak Mawi. Tingginya Cahaya, Manis Sungguh Cahaya Bertudung !!
Lebih 19 berlalu, mengimbas memori yang paling diingati apabila penyanyi Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3). Mawi menjadi satu fenomena luar biasa ketika itu sehingga mendapat gelaran ‘Mawi World’ .
Sang Juara ini mendirikan rumahtangga pada 20 Disember 2008 bersama wanita pilihan hatinya iaitu Nora Asyikin Rahmat atau Ekin. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangna ini dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Cahaya Malaika.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Cahaya Malaika telah dikongsikan beberapa gambar terbaru bersama kedua ibu bapanya. Difahamkan gambar-gambar tersebut diambil ketika mereka menghadiri sebuah majlis perasmian produk terbaru Mawi.

Cahaya turut memberikan kata ucapan tahniah kepada Abinya atas kejayaan mengeluarkan produk terbaru. Cahaya kelihatan begitu manis mengenakan baju kurung dan bertudung. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet.
Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian oleh Cahaya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dah anak dara rupanya anak Mawi ni, tinggi betul Cahaya.. Manis dia bertudung.. Muka abi dan anak memang samalah, copy paste betul.. “
” Wah canteknya anugerah Allah swt.. Semoga Cahaya Malika jdi anak yg sholehah buat kedua org tuanya dan jdi insan yg berbakti kpda kluarga trsyg. Aamiin.. “
” Dah besar cahaya.. Semoga menjadi anak yg solehah.. Berjaya didunia dan diakhirat.. Like father like anak dara, hehe.. “
” Comel lahh anknda Mawi dan Ekin.. Kejap betul masa berlalu.. Dah macam abang, kakak dan adik pula tengok mereka bergambar, hehe.. “
Sekejap rasanya masa berjalan, sekarang usia Cahaya sudah pun 12 tahun. Nampak tinggi sungguh Cahaya dengan usianya sekarang, mewarisi ketinggian Mawi dan Ekin. Ramai peminat mengatakan wajah manis Cahaya saling tidak tumpah seperti Abinya.

Apa-apa pun, semoga Cahaya terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Untuk sekadar info, selain bergelar penyanyi dan pencipta lagu, Mawi sekarang turut menjadi penyampai radio di stesen radio Zayan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG cahayamalaika2012
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



