Artis / Selebriti
” Dah anak dara dah anak Elly, cantik dan comel. Macam anak Abil, Keisha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Ellie Suriaty bersama anak perempuannya, Azreen raih perhatian ramai. Alahai cantiknya Azreen, nampak matang bila bercakap. Sekali pandang, macam muka anak Nabila Huda, Keisha..
Meninjau ke akaun Instagram Majalah Nona, perkongsian sebuah video Ellie Suriaty bersama anak perempuannya, Azreen telah meraih perhatian ramai. Ellie mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkongsian dengan bekas suaminya, Azri iskandar.
Kedua-duanya cahaya matanya iaitu Azreen dan Azrell sudah meningkat remaja dan cukup menjaga keselamatan ibu mereka. Menurut Ellie juga, mereka amat meminati dunia seni sebagaimana ibu dan bapa mereka yang aktif dalam lakonan.
Apabila anak-anak semakin membesar, Ellie melayan mereka seperti kawan-kawan sahaja. Lihat sahaja keakraban ibu dan anak ini ketika sesi temubual Majalah Nona ini, kedua-dua cukup mesra dan rapat seperti kakak dan adik sahaja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang memuji wajah cantik Azreen dan tidak mustahil jika Azreen bakal menjadi pelakon dan berbakat seperti ibunya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang menyatakan wajah anak Ellie seiras dengan wajah anak Nabila Huda, Keisha. Antara komen-komen yang diberikan :
” Mcm anak abil, Keisha ku ingt anak abil td.. comel sgt anak ellie.. Suka sgt ellie ni kalau berlakon ckp dialect perak.. Hahaha.. “
” Wahh. kak elly shy. so cute bila her daughter compliment her like that. she pn maluu. lovingg.. suka sgt tgk.. Senyum tawa dia seiras ibu dia.. “
” Elly ni dia ada kecantikan tersendiri suka tgk dia, anak pn cantik ikut dia.. Bestnyaa ada anak2 jadi kawan2. cantik n maniss gg cantikkk.. “
” Elly lepas bercerai makin glow up. Bukan nak kata Kak elliesuriaty_omar ni kami pernah terjumpa dkt Big Boss Publika. Mmg tak sombong… “
” That time Dengan Kak Elly dgn Anak lelaki dia. Siap senyum Dan kami pun tegur then sembang2 lagi paling Win Sgt Beradap Anak Lelaki Kak Elle… Hujung2 tak malu kami pun nak Amik Gambar juga. Salutelah.. “
” Anak dia mcm anak abil kupu_kupu laaa.. Ma sha Allah anak dara dah anak mak elly.. Subhanallah cantek anak dia.. “
” Ellie suriaty became more beautiful after divorced, she is her own self again. Comey n matangnya ank dia.. pernah terserempak kat Ah cheng cafe segan nk bgbr elliesuriaty_omar.. “
Memang tidak dinafikan anak perempuan Ellie ini cukup manis orangnya. Apabila tersenyum, senyumannya sangat sama dengan ibunya. Bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Azreen mewarisi wajah manis Ellie.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalahnona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
