Artis / Selebriti
” Cutenya the birthday song.. ” – Netizen
Video Farah Lee Bersama Anaknya, Maream Esabel Meraikan Hari Lahir Kucing Kesayangan Mereka Buat Netizen Terhibur. Amboi Nama Kucing Pun Bukan Main, Nama Korea Yer. Siap Ada Bin Lagi Tu, Haha. Part Menyanyi Tu Memang Rare Betul !!
Nurfarahin Romli atau lebih dikenali dengan Farah Lee, bukan lah seorang selebriti yang mencipta nama di persada seni tanah air. Namanya mula dikenali ramai apabila perkahwinannya bersama bekas suami yang merupakan personaliti TV lelaki, Ally Iskandar suatu ketika dahulu.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Farah telah berkongsi satu video yang memaparkan Farah bersama anak perempuannya, Maream Esabel meraikan sambutan hari lahir haiwan perliharaan mereka iaitu seekor kucing yang begitu comel.
Kongsi Farah di postingnya itu, sambutan hari lahirnya kucing itu berusia satu tahun. Malah kucing tersebut turut mempunyai nama yang dikenali sebagai Sarang Esabel binti Abdullah. Video tersebut telah mendapat perhatian ramai warga netizen.

Paling menghiburkan adalah perkongsian video itu adalah, Farah Lee bersama anaknya telah menyanyikan lagu hari lahir buat haiwan kesayangan mereka itu. Turut kelihatan ‘wet food’ yang telah diletakkan sebatang lilin. Memang comel tengok aksi mereka tersebut.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang telah terhibur apabila menonton perkongsian video oleh Farah Lee itu. Antara komen-komen menarik daripada warga netizen adalah :
” So cute, happy birthday Sarang, bgus dia tak0t tak0t lilin tu. Kalo meow saya memang lari awal-awal lah. Momen yang begitu indah dikenang.. “
” Cutenya the birthday song, suka tengok video ni, terhibur saya menonton video ni. Happy birthday Sarang, wah siap ada binti lagi, haha.. “
” Hahaha comellll Happy Birthday Sarang. May Allah bless you and your little family with love, happiness and abundance of Rizq.. “
” May Allah bless you Sarang Esabel & the families, aamiin YRA. Happy birthday Sarang Esabel, kucing yang sangat cute.. “
” Wahh raikan birthday kucing, comel lah reaksi masing-masing dalam video ni. Tone lagu Birthday tu memang rare betul lah, hahahaha.. “
” Setahun dah berlalu, cepat kan masa berlalu, dah setahun umur Sarang yer. Selamat hari lahir Sarang yang ke satu tahun, jadi kucing yang baik yer.. “
” Ya Allah, comel betul lagu besday Sarang, hehe siap ada lilin utk ditiup lagi, hahaha. Selamat hari lahir Sarang, semoga shat slalu.. “

Memang terhibur dan comel tengok perkongsian video oleh Farah Lee itu. Jelas terlihat kasih sayang antara Farah, Maream terhadap kucing kesayangan mereka itu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir buat kucing kesayangan Farah dan Maream.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Farah Lee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

