Artis / Selebriti
” Cutenya sebutan Lara.. ” – Netizen
Video Lara Alana Belajar Bahasa Melayu Namun Sebutan Lara Yang Pelat Buat Ramai Terhibur. Sebutan ‘Peti Sejuk’ Dan ‘Cawan’ Tu Paling Comel !!
Lara Alana merupakan anak kepada pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Lara sememangnya fasih berbahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Ini kerana Lara sering berkomunikasi dalam bahasa tersebut bersama ibu dan bapanya serta di sekolah.
Kepetahan Lara berbahasa Inggeris sememangnya sangat mengagumkan. Kebanyakan video Lara yang dikongsikan di laman Instagramnya menunjukkan Lara berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sehinggakan ramai peminat meminta Lara berkomunikasi dalam bahasa Melayu pula.
Atas permintaan peminat, Scha dan Awal sebelum ini pernah berkongsi Lara berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Cara Lara bercakap dalam bahasa melayu sangat menghiburkan kerana Lara agak kekok untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Menerusi entri terbaru, video Lara belajar bersama ibunya telah dikongsikan. Lara ditunjukkan beberapa gambar dan diminta menyebut dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Namun sebutan Lara yang agak pelat membuatkan ramai peminat terhibur.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur mendengar sebutan Lara seperti peti sejuk dan cawan. Antara komen-komen mereka :
” Peti sujuk.. haha blh bayang mulut muncung lara ke depan mcm mana .. “
” Sujukkkkk ….. sho kiut.. “
” Bestnya mummy up lgi video belajar mcm ni.. “
” Clever girl la lara .. “
” Pintarnya lara.. Peti sujukkk deyyy .. “
” Kena cakap selalu baru fasih BM.. “
” Cutenya sebutan Lara.. “
Alahai, comel jer sebutan Lara dalam bahasa Melayu. Tidak mengapa Lara masih tidak betul dengan beberapa perkataan namun jika selalu berlatih mesti makin fasih. Lara kena rajin-rajin belajar tau. Good Job Lara dan All The Best !!

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lara Alana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

