Artis / Selebriti
” Cutenya laju Bilal berjalan. Mulut ramah macam umi dan abah sangat.. ” – Netizen
Neelofa Kongsi Video Gelagat Anaknya, Muhammad Bilal Yang Sudah Pandai Berjalan Bermain Di Playground. Wah Bilal, Bukan Main Laju Kaki Tu, Mulut Pun Riuh. Ger4m Je Tengok Peha Tu, Dah Macam Drumstick. Hehe !!
Anak Neelofa, Muhammad Bilal seringkali dinanti-nantikan perkembangannya oleh para peminat. Bulan Januari merupakan bulan kelahiran Bilal dan berbaki beberapa minggu sahaja lagi Bilal bakal menginjak usia 1 tahun.
Pada perkongsian terdahulu, Neelofa ada berkongsikan gelagat Bilal bermain di rumah. Tidak itu sahaja, aksi Bilal memanjat permainan juga ada dimuatnaik dan ini membuatkan ramai peminat yang ger4m melihat kelincahan Bilal ini.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Neelofa, telah dimuatnaik pula satu video terbaru Bilal. Si kecil ini rupanya sudah pandai berjalan dan dapat dilihat betapa laju Bilal berjalan walaupun terkedek-kedek membawa badannya yang chubby itu.

Bukan main aktif lagi Bilal ini, ke sana ke sini dan nampak seronok betul Bilal apabila diberi peluang bebas bergerak sebegini. Ramai peminat yang suka melihat gaya Bilal berjalan itu. Kaki ligat berjalan, mulut pun sama naik ye Bilal, riuh suaranya.
Jom tonton video di bawah :
https://www.instagram.com/p/CnW-1thg1y3/
Perkongsian oleh Neelofa ini telahpun mendapat hampir 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :
” Masya Allah Bilal sayang, seriuslah Bilal dah boleh jalan. Tak sampai setahun tu, cepatnya. Laju pulak tu jalannya dengan kaki gelung tu hehe.. “
” Muhammad Bilal dah laju jalann.. tomelnyaaa. peha iye tuuu mcm drumstick la aunty tgk ger4mmnye. bebel-bebel lak mulut tu.. “
” Cuteee laju bilal berjalan, Belum umur setahun dh pandai jln ye … Good boy Bilal. Perut kedepan jalan tuu… eee ger4am nyee.. “
” Mulut bising, kalau tak pengacara mesti penceramah nanti Bilal ni haha. Jalan bukan main laju eh, tak pandang belakang dh.. “
” His name tagggggg dgn jalan terkedek kedek arghhhhhhhhhh why so kiyottttt lah Bilal sayang. Seronok je dia dapat main. otak tengah berkembang.. “
” Dia jalan tu dah macam orng besar sngt dah tu tp small cute lagi. Dah laju sheikh kecil ni. mulut tuuh.. tak dik diam, happy ya dpt main2 kt play station.. “
” Ger4mnya, comel dan bijak. laju jalan terkedek-kedk, mulut ramah macam ummi dan abah sangat. Semua dia explore.. “

Bagus Bilal, cepat boleh berjalan. Tentu let1h umi dan abah hendak mengejar Bilal di rumah. Sedikit masa lagi, bolehlah mendengar celoteh Bilal pula. Ini baru dapat ‘kaki’ , apabila dapat ‘mulut’ nanti, tak terdayalah Umi dan abah menjawab, hehe. Apa-apa pun, semoga Bilal membesar dengan sihat dan menjadi penghibur hati semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa, IG Lofa.redland_nlf
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

