Artis / Selebriti
” Cute sangat lah Emelia, nampak manja betul gelagatnya.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi Video Terbaru Anak Kecilnya, Sophea Emelia Ketika Bercuti Buat Ramai Ger4m Yang Melihat Gelagatnya. Alahai Manja Sangat Emelia Ni, Comel Sungguh !!
Jika sebut sahaja nama angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, pasti ramai yang mengenali figura ini. Sifat Dr. Sheikh yang tidak lokek berkongsi ilmu tentang penjagaan anak-anak sering kali mendapat pujian ramai.
Meninjau di akaun Instagram Dr. Sheikh, telah berkongsi beberapa video dan gambar yang memaparkan Dr. Sheikh membawa keluarganya pergi bercuti di Pulau Langkawi. Keluarga ini nampak begitu seronok menikmati percutian mereka.
Namun satu video yang telah menarik perhatian warganet adalah gelagat anak kecil Dr. Sheikh iaitu Sophea Emelia ketika sedang menikmati sarapan pagi. Dalam video itu, Emelia makan dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.

Tulis Dr. Sheikh, mereka sekeluarga sudah berada di Pulau Langkawi selama lima hari dan anak-anaknya tidak mahu pulang kerana begitu seronok berada di sana. Sehingga kini, video Emelia itu telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai komen diberikan warganet dan rata-rata mereka meluahkan rasa ger4m melihat kecomelan Emelia dalam video itu. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cute sangat lah Emelia, nampak manja betul gelagatnya.. Kecik lagi dah nampak keayuannya, jadi rebutan anak dar4 ni nanti.. “
” Langkawi best kan Emelia, hehe alah tambah lah hari lagi Dr, anak-anak tak nak balik.. Comel betul Emelia, copy paste Dr Halina.. “
” Besar dah Emelia ni, nampak kemas ja dia makan.. Mmng dh patut dpt adik kan.. Mesti dia sayang adik dia nnti.. “
” Hepi dpt tgk Emelia.. Smart girl.. Byk mirip mama Halina.. Sambung lg la doc.. Tp memang kalau pegi Langkawi seminggu pun tak cukup haha.. “
” Isshhhh ger4m betul tengok Emelia ni, patut lah Dr Sheikh kalah dengan dia, nampak manja macam mummy dia lah, haha.. “
” Langkawi memang best. Aunty pun team Emelia tau kikiki comel sgt Emelia ni sekarang, makin besar makin nampak dia bijak.. “
” Comel je Emelia makan, muka Emelia copy Kak Tasya lah, hehe.. Wah mesti semua best main pantai ni, tak nak balik Kl.. “
Patut lah ramai yang ger4m melihat Emelia, semakin comel si kecil ni. Tak lama lagi Emelia bakal bergelar kakak. Semoga anak-anak Dr Sheikh Muszaphar terus membesar dengan baik dan menjadi anak-anak yang soleh serta solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG drsheikhmuszaphar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti16 hours ago Artis / Selebriti16 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
