Artis / Selebriti
” Cukup Dahlia cukup, tak sanggup lagi. Hampir tak kenal lagu asal siapa dia nyanyi ni, haha.. ” – Netizen
Video Isteri Imran Aqil, Dahlia Rizal Sedang Menyanyi Sambil Bermain Ukelele Raih Perhatian Warganet. Fuh Suara Tu, Imran Pun Jenuh Tahan Gelak. Lawak Lah Dahlia Ni !!
Pasangan muda, Imran Aqil dan Dahlia seringkali mencuri perhatian warganet. Sama cantik dan sama padan, wajah pasangan suami isteri ini sememangnya kacak dan cantik. Baik Imran mahupun Dahlia, kedua-duanya dilihat begitu sporting dan saling menyokong karier satu sama lain.
Meninjau akaun Tiktok ammxrhxlm, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dahlia bersama Imran sedang duduk bersama. Dahlia memegang ukelele dan mengatakan dia akan menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Gerimis Mengundang.
Mendengar sahaja suara Dahlia, terhibur warganet yang menonton video tersebut. Seperti suara budak sekolah pun ada suara Dahlia. Imran yang berada di sebelah Dahlia sendiri tak mampu menahan senyumannya mendengar suara isteri tercinta.

Komen warganet, suara Dahlia bercakap memang lembut dan lemah gemalai tetapi apabila menyanyi, alamak tergelak tanpa sengaja dibuatnya. Punyalah halus cara Imran hendak menyuruh Dahlia berhenti menyanyi, terpaksa baling bantal yer, hehe.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@ammxrhxlm_ rupanya dahlia pun ada bakat menyanyi jugak ya 🤩 #dahliarizal #imranaqil #imranxdahlia #imran4dahlia #fyp #fypシ #foryoupage
Lebih 70 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha kelakar, jadi cantik ja Dahlia.. Cukup Dahlia cukup, tak sanggup lagi tadah telinga haha.. siap tukar chord tu.. ”
” Weh dia main bedal aje haha.. Ni untuk closing majlis wedding elok, cepat sikit tetamu balik haha.. ”
” Belum start Imran dah gelak haha. Boleh masuk the gadys ni dahlia. Muka cantik pandai bersyair pulak hehe.. ”
” Unexpected bhai haha. perempuan cantik memang kelakar kan. supportive betul suami dia.. btw lawa la dahlia ni.. bkn setakat cantik, pndai hiburkan org.. ”
” Chord apa tu dia main haha, sangat betul chord tu pun. Saya pun berbakat lah kalau macam ni gaya menyanyi haha.. ”
” Aku ingt lagi komen org dgn dahlia.. dahlia ketua gadys ke haha.. terbahak-bahak aku baca.. ”
” Time dia bercakap tu sedap je dengar tapi bila nyanyi…. Allah… Sedap g1la.. Aku hampir tak kenal lagu asal siapa dia nyanyi ni haha.. ”
Lawak lah tengok muka Imran menahan ketawa, last-last terpaksa hentikan Dahlia dengan cara yang lebih berkesan. Ramai juga yang mengusik Dahlia dengan mengaitkannya dengan kumpulan the Gadys. Boleh apply jadi ketua kumpulan baru ni, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok ammxrhxlm_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



