Artis / Selebriti
” Comelnya transition ni. Dua-dua iron lady. Bella dah lama rancang, kita je yang lalai.. ” – Komen Netizen
Perkongsian pertama Bella Astillah setelah bergelar tunang kepada YB Syed Saddiq raih perhatian ramai. Wah, smooth sungguh video transition Bella berlatih nak salam bakal mertua. Mula-mula salam sorang-sorang, last-last salam dengan Mama YB..
Ikatan pertunangan telah pun dimeterai antara YB Syed Saddiq dan Bella Astillah semalam. Perhubungan yang diiringi dengan kasih sayang dan restu daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak ini juga turut direstui oleh ramai peminat yang ingin melihat Bella dan YB Saddiq bahagia bersama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bella Astillah dan Syed Saddiq, telah dikongsikan satu video transition yang memaparkan aksi Bella bersalam-salaman. Video itu dimulai dengan Bella bersalaman seorang diri dan menggambarkan ada seseorang di sisi yang menyambut salamnya itu.
Beberapa situasi berbeza turut memperlihatkan Bella dalam aksi yang sama sehingga lah pada akhirnya, mama YB Saddiq yang mengisi kekosongan di sebelah Bella. Moment indah ketika mama YB Saddiq menyarungkan cincin ke jari Bella adalah kenangan terindah untuk Bella.

Ungkap Bella di kapsyennya, ianya umpama mimpi indah dan Bella tidak ingin terjaga daripada mimpinya itu. Bella turut mengucapkan ucapan terima kasih untuk ibu YB Saddiq untuk segala-galanya. Bella menyayangi Mama YB Saddiq seperti ibunya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 200 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah.. Tahniah bellaastillah.. Rezeki xpernah Salah Alamat.. Bertemu Dengan Orang Baik2 Itu Rezeki.. so happy for you.. “
” Tahniah kak Bella dan seisi keluarga, Tuhan hadirkan dan pertemukan kak Bella dengan orang yang baik baik di sekeliling kak Bella, sebab kak Bella orang yang baik, semoga dipermudahkan segala urusan ke fasa seterusnya buat kak Bella & YB SS.. “
” Im so happy for you kak bella and the kiddosssss, doakan shu and anak anak jugakkkk.. You are so blessed to have such a warm and supportive future MIL. Wooohooo. Congratulations again and again.. “
” Syukur alhamdulilllah.. insan baik ramai sayang.. Allah sebaik baik pengatur.. Tahniah buat keduanya.. im sure Mama mesti happy sgt ni.. “
” Bella dah lama rancang.. kita je yang lalai.. Semoga bersalaman ni sampai atas pelamin yaa…angle sama..tukar orang je.. “
” Alhamdulillahhhhh tahniah bellaastillah sayang. Semua orang happy for you two.. may Allah make it easy and smooth till the wedding. Aminnnn.. “
” Comel nya transition ni. dua-dua iron lady, comel,soft spoken, baik hati dan cantik.. happy for you.. finally bellaastillah. one step closer. Betul2 jodoh lebaran ni.. “
Akhirnya Mama YB insan yang menyambut salam Bella. Sesungguhnya Allah mengaturkan jalan cerita yang cukup indah untuk Bella walaupun pada awalnya penuh dengan dugaan dan air mata. Semoga Bella berbahagia selalu bersama YB Saddiq dan seluruh keluarga selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

