Artis / Selebriti
” Comelnya tema majlis, betul-betul Nobisuke in the house, haha.. ” – Komen Netizen
Gambar-gambar sekitar majlis akikah dan kesyukuran anak Syasya Rizal raih perhatian ramai. Wah tema memang lain daripada yang lain. Tak pernah lagi jumpa orang buat tema akikah macam ni..
Meninjau di akaun Instagram milik bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal telah berkongsi beberapa gambar yang memaparkan sekitar majlis akikah dan kesyukuran anak sulungnya iaitu Muhammad Yassir Hayyan bin Nasrullah yang baru dilahirkan beberapa bulan lalu.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah tema majlis tersebut adalah berwarna biru dan putih sempena kartun animasi Daraemon yang diminati oleh mereka. Di ruangan kapsyen, Syasya turut memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis anaknya itu.
Bukan itu sahaja, Syasya juga menitipkan doa buat anaknya dan meminta para peminat mendoakan Yassir. Ramai yang teruja melihat tema majlis akikah dan kesyukuran anak Syasya. Komen warganet, tema yang dibuat Syasya itu lain daripada yang lain.

Mereka menyifatkan Syasya dan suaminya sudah seperti Nobita dan Shizuka (Nobisuke) dalam animasi cerita karun Daraemon. Sehingga kini, perkongsian oleh Syasya ini telah menerima belasan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dengan memberikan pelbagai emoji dan turut memberikan kata ucapan tahniah kepada Syasya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya tema majlis, betul-betul Nobisuke in the house, haha.. Yeyyy happy and proud to be part for hayyan’s special memories.. “
” Mak sizuka Pak nobita, memang sebiji lah husband Syasya tu.. Nobita + Shizuka = Nobisuke.. Tahniah korang, tumpang happy.. “
” Cutes family.. Eee massyaallah.. Betul betul family nobita and shizukaaa.. Semoga Yassin membesar menjadi anak yang soleh.. “
Alahai comel sungguh pasangan ini bersama anak mereka. Rasa sekejap sahaja masa berlalu, diam tak diam Syasya sekarang sudah pun bergelar seorang ibu. Tahniah diucapkan kepada Syasya dan suami atas kelahiran anak sulung mereka, semoga Yassir terus membesar menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Untuk sekadar info, tahun lalu pengunduran Syasya atau nama sebenar, Norsyasya Afiqah Shahrizal daripada kumpulan Dolla membuatkan ramai peminat terkejut. Syasya membuat keputusan tersebut kerana mahu mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya, Nasrullah. Bukan itu sahaja, penampilan Syasya bertudung juga mendapat pujian ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG syasya.rzl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

