Artis / Selebriti
” Comelnya Nana, muka tak berubah dari kecil.. ” – Netizen
Muatnaik Gambar Bersama Adik-Beradik Semasa Kecil, Wajah Nana Mahazan Yang Tidak Banyak Berubah Cur1 Perhatian Peminat. Wahhh Nampak Seiras Dengan Anak Sulungnya, Althea !!
Nana Mahazan mula menceburi bidang seni selepas beliau menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia Musim Pertama pada tahun 2003. Berperwatakan ceria dan begitu peramah, beliau lebih cenderung menjadi pengacara televisyen berbanding daripada menyanyi dan berlakon.
Perwatakannya yang suka berceloteh dan bercakap dengan laju, membuatkan Nana tampil dengan selesa mengacara sebuah program televisyen tanpa kaku. Anak kelahiran Muar, Johor ini juga pernah menjadi penyampai Radio Era yang mengendalikan segmen Petang Di Era bersama dengan Seelan Paul.
Untuk rekod, Nana telah berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu Althea dan Aaqib. Nana sering berkongsi gambar-gambar keluarganya di akaun Instagram.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram, Nana telah memuatnaik gambarnya bersama adik-beradiknya yang lain sewaktu kecil. Pastinya anda dapat kenal wajah Nana kerana tidak banyak berubah sehingga dewasa. Malah wajah Nana dilihat seiras dengan anak sulungnya, Althea.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen menyatakan wajah Nana tidak banyak berubah dari kecil sehingga dewasa. Antara komen-komen mereka :
” Comelnya nana… muka tak berubah dr kecik.. blh cam.. “
” Sampaiii sekarangg samaaa muka ngn rambut .. “
” No wonder la abg kak nanamahazan menjadi rebutan waktu sekolah dlu. Beratur perempuan offer nk jadi kakak angkat ye hahahaha .. ”
” Rindu sibling eh kak.. “
Pastinya kenangan zaman kanak-kanak sangat indah dan tidak dapat dilupakan oleh sesiapa. Begitu juga dengan Nana, beliau sebelum ini sering juga memuatnaik gambar thr0wback semasa kecil. Semoga Nana terus berjaya dalam karier seni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nana Mahazan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

