Artis / Selebriti
” Comelnya anak Dato’ Jamal. Alhamdulillah bertambah seorang lagi anaknya.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Jamal Abdillah mengiqamatkan anak ketujuhnya yang baru lahir raih perhatian warganet. Tahniah Dato’ Jamal, umur 66 tahun dapat anak lagi. Comelnya baby, nama pun sedap dan unik..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Utusan TV, telah dikongsikan satu video yang memaparkan raja pop negara, Dato’ Jamal Abdillah sedang mengiqamatkan cahayamata barunya. Ini merupakan anak ke 7 Dato’ Jamal dan merupakan anak ke 5 hasil perkongsian hidup bersama Datin Zai Izzati Khiruddin.
Sebagaimana yang semua sedia maklum, perkahwinan pertama Dato’ Jamal dikurniakan Osama Yamani. Perkahwinan kedua pula dikurniakan seorang juga anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani. Bersama Datin Zai Izzati pula mereka dianugerahkan 4 orang cahayamata iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani dan Rahil Laura Salsabila Yamani.
Menerusi perkongsian ini, dimaklumkan bahawa Datin Zai selamat melahirkan anak mereka pada 7 Jan sekitar jam 9.28 pagi di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota. Dato’ Jamal mengiqamatkan anaknya itu sebagaimana yang dianjurkan oleh agama.

Dato’ Jamal juga secara terbuka menunjukkan wajah anak ke 7 ini ketika aksinya dirakamkan. Comel sungguh wajah si kecil ini. Untuk namanya pula, Dato’ Jamal ada memaklumkan sebelum ini mahu menamakannya sebagai Magdalena Yamani.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@utusantvofficial 7 JAN 25: Menerusi kiriman WhatsApps kepada URTV, Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 66, memaklumkan, bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, pukul 9.28 pagi tadi. #jamaldapatanak #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #jamalabdillah
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 70 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahniah Datin Zetty dan Dato’ Jamal.. Sedapnya nama baby.. Magdalena.. teringat ceramah ustaz auni, nama magdalena ni.. “
” Rasa macam tahun lepas dapat anak baru.. Rezeki dapat isteri muda.. saya dah lost track selepas Azura, Zack.. “
” Tup tup dah 7 anak Dato’ Jamal ye.. kebetulan memang datang dari keluarga 7 beradik. Tahniah Dato’ Jamal Abdillah.. “
” Relax je tunjuk wajah anak dia.. tak de letak emoji emoji.. baru legend hehe.. Baby tau tak ayah dia legend.. “
” Dato Jamal xtau brpa kali msuk berita dpt baby, aku nk crush dgn sorg pon tak dpt. rezki kita dop same ya idok. Alhamdulillah dan Tahniah Dato. sihat selalu.. “
” Rasa macam baru je dia dpt bby.. Ni dh dpt lagi.. Allahu rezeki anak… productive betul.. Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah… Tahniah buat Dato Jamal Abdillah.. “
” Comelnya anak dato’ Jamal.. Alhamdulillah bertambah seorang lagi anaknya.. syukur tahniah atas kelahiran anak ke 7 dato’ Jamal.. “
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sepanjang proses kelahiran dan Datin Zaiizzatti juga sihat. Semoga baby Magdalena Yamani membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah, anak yang tinggi budi pekertinya dan membanggakan kedua ibu bapanya. Tahniah Dato’ Jamal dan Datin Zai Izzati.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Utusan TV, IG Dato’ Jamal Abdillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


