Artis / Selebriti
” Comel semua 1 keluarga Dayah ni. Best moment ni, abah tu terharu tengok.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Dayah Bakar Dan Keluarga Ketika Menonton Perlawanan Badminton Beregu Lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik Buat Ramai Terhibur. Fuh Bersemangat Sungguh Masing-Masing. Part Ayah Dayah Tu Paling Tak Sangka, Terus Boleh Berdiri. Dayah Pulak Yang Nervous !!
Pasangan Beregu Lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik memberikan senyuman kegembiraan kepada semua rakyat Malaysia apabila berjaya memperolehi pingat gangsa untuk acara badminton beregu lelaki semalam. Perlawanan Chia dan Wooi Yik semalam antara yang paling sengit.
Meninjau akaun Instagram Dayah Bakar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Dayah bersama keluarganya menonton perlawanan bagi menentukan pingat gangsa acara tersebut. Mendebarkan, itu yang dapat disimpulkan untuk perlawanan Chia dan Wooi Yik.
Ketinggalan pada set pertama, pasangan ini membuat kejutan dengan kebangkitan luar biasa pada set kedua. Dayah merakamkan moment mereka sekeluarga yang berdebar ketika menonton aksi Chia dan Wooi Yik. Tidak senang duduk masing-masing kerana aksi yang hebat dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

Ketika pasukan negara sah sebagai pemenang, reaksi ayah Dayah paling membuatkan semua teruja. Ayah Dayah yang tidak sihat boleh bangun dan berdiri sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kuat sungguh semangat ayah Dayah dan begitu gembira kerana pingat pertama negara dicapai semalam.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Dayah itu telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuat naik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah abah dayah semangat. famliy saya macam ni tengok game bola sepak,badminton riuh.. semua comel.. abah terus sihat dan semangat membara.. ”
” Abah berdiri terus, masya Allah.. Mesti jantung abah berdegup kencang tu kakkk. senaman jntung betul.. apapun.. comeback is real Malaysia.. ”
” Terbaik la Dayah n family.. sama la kami di sini.. peminat paling kecik 1 tahun 1bulan… siap tepuk tangan lagi bila dpt point.. suka tengok ayah dayah tu.. semangat negara tu.. ”
” So cute abah tu boleh terus berdiri. semangat luar biasa.. Sedih plak tengok abah tu. Mungkin Salah satu doanya Allah angkat.. olimpik Kali ni buat semua orang tak keruan, bawak balik medal. syukur satu rahmat.. ”
” Haha bestnyaa moment ni, abah tuuu.. nampak happynya abah bila menang tu.. semangat negara, demimu Malaysia.. ”
” Hahaha samalah kami, siap berdoa segala doa keluar, mintak bantuan Allah SWT, Alhamdulilah Allah Maha Mengizinkan kita menang juga akhirnya.. ”
” Comel semua 1 keluarga Dayah ni. Abah tu, Tba2 abh berdiri eh.. Halaaa halaaa part abah nya terus bediri tu.. teharuu plak tengok.. kejayaan untuk rakyat malaysia.. ”

Kejayaan yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia dan keluarga Dayah ini mewakili reaksi semua ketika menonton perlawanan yang sengit ini. Abah Dayah tentu gembira melihat kejayaan 2 orang anak muda yang bersungguh-sungguh demi Malaysia. Semoga sihat-sihat selalu Dayah sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dayah Bakar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


