Artis / Selebriti
” Comel muka dia malas layan maknya, haha.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Percutian Dayah Bakar Bersama Anaknya, Achbar Muhammad Fahri Di Korea Buat Ramai Terhibur. Alahai Comelnya Fahri Pakai Hanbok. Part Dayah Menyakat Fahri Tanya Siapa Nama Mak Tu, Comel Sangat Reaksi Muka Fahri Buat Muka Malas Layan, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram pengacara terkenal, Dayah Bakar telah berkongsi beberapa gambar dan video yang memaparkan Dayah dan anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri yang kini sedang bercuti di negara Korea Selatan.
Menerusi posting awal, kelihatan Dayah dan Fahri comel memakai pakaian berwarna sedondon dan bergambar sekitar kawasan di sebuah tempat di Korea. Manakala menerusi posting lain, Dayah dan Fahri telah melawat Istana Gyeongbokgung dan cantik mengenakan baju tradisi iaitu Hanbok.
Dua beranak ini juga turut tidak melepaskan peluang bergambar di sekitar kawasan istana tersebut sebagai kenangan. Namun apa yang mencuit hati adalah satu video yang memaparkan Dayah menyakat Fahri yang sedang berjalan-jalan.

Kedengaran Dayah telah bertanyakan kepada Fahri di mana ibunya dan reaksi Fahri seakan seperti malas melayan Dayah membuatkan ramai terhibur. SEhingga kini, posting yang dikongsikan oleh Dayah sepanjang percutian di Korea telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )
( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat gelagat Fahri. Antara komen-komenm menarik adalah :
” Comel muka dia malas layan maknya, haha.. Dia pegang topi tu mcm nak mintak gula2 Halloween, hahaha ger4m plk tgk.. “
” Aigoooo.. Prince Fahri ni, istana besar sangat sampai tak ingat bilik sendiri kat mana.. Jalan pun nmpk dah mls sgt tu.. “
” Ni dah macam daehan minguk manse masa kecik jadi pelakon extra ni aduu Fahri cute sangat ni, sempat lagi maknya menyakat.. “
” Haha Fahri… Siann dia, terpaksa rela kena layan perangai tutu, hahaha.. Bestnyaaaa tgok Fahri jln2 koreaaa. Nnt ajak tutu repeat g jeju plak, leh main salji kat hallasan mount.. “
” Penat terok muka Fahri tu, hehe hai oppa handsome.. Bestnya tengok gambar2 Kak Dayah bercuti.. Suami tak join sekali ke.. “
” Di sebalik gambar yg cantik.. Struggle is real.. Hahaha comey bawak topi mcm bawak baldi.. Kejap dah besar budak comel ni.. “
” Ibu dan Fahri sama comel lah.. Part senyum nampak gigi tu memang sebiji betul.. Selamat bercuti Fahri comel.. “
Fahri ni kalau tak buat muka comel memang tak sah kan. Seronok tengok percutian Dayah bersama Fahri, pelbagai kenangan dicipta oleh mereka. Apa-apa pun semoga Dayah dan Fahri sentiasa dalam keadaan sihat sepanjang di Korea. Selamat bercuti Fahri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG dayahbakar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
