Artis / Selebriti
” Comel je Sarah malu-malu tu, haha. Bahagia je tengok anak beranak ni.. ” – Komen Netizen
Video Puteri Sarah Liyana Menyanyi Bersama Datuk Yusof Haslam Lagu Seiring Dan Sejalan Raih Perhatian Warganet. Bila Anak Dan Ayah Mertua Berpadu Suara, Malu-Malu Pulak Masing-Masing, Hehe !!
Stesen radio Hot FM antara siaran radio yang menjadi pilihan ramai pendengar. Saban minggu, ramai selebriti dalam negara yang menjadi tetamu jemputan Hot FM dan kali ini giliran menantu dan bapa mertua sensasi, Puteri Sarah Liyana dan Datuk Yusof Haslam pula menjadi tetamu.
Menerusi akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan sedutan video ketika Puteri Sarah dan Datuk Yusof ditemubual di konti bersama geng Bekfes Hot. Untuk makluman, Puteri Sarah dan Datuk Yusof hadir ke konti Hot untuk mempromosikan drama kepolisian terbitan Skop Production, Polis Peronda.
Geng Bekfes Hot juga meminta untuk Puteri Sarah dan Datuk Yusof berduet menyanyi. Lagu Seiring Sejalan menjadi lagu pilihan untuk dinyanyikan oleh pasangan menantu dan mertua ini. Puteri Sarah kelihatan sedikit terpinga-pinga pada awal video kerana tidak menghafal lirik.

Datuk Yusof sememangnya diketahui umum mempunyai suara yang sedap. Walaupun tersenyum-senyum malu, Puteri Sarah tetap memberikan kerjasama untuk menyanyi dengan bapa mertuanya itu. Bukan selalu warganet dapat melihat situasi seperti ini, comel reaksi wajah Puteri Sarah.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sepanjang perjalanan g keje pagi td mengekek aku.. Tok Yusuf pon dorg hampir nk rosakkan.. patut tuko tagline : Hot.fm Stesen Radio No.1 Rosakkan Normaliti Anda.. ”
” Sweet je Puteri Sarah dengan papa kesayangan ni. Suka pula dengar suara Puteri Sarah menyanyi, macam unik sikit.. ”
” Wow Puteri Sarah Liyana dan Datuk Yusof lah. Comel je Sarah malu-malu tu haha.. bahagia je tengok anak beranak ni.. ”
” Subhanallah Berserinya wajah sarah dan Dato terlihat bahagia sangat disini dapat dilihat sarah sentiasa menjadi ank perempuan kesayangan papa.. ”
Hubungan akrab antara Puteri Sarah dan Datuk Yusof ini disenangi oleh ramai warganet. Walaupun Puteri Sarah tidak lagi bergelar isteri kepada anak Datuk Yusof, tetapi kasih sayang Datuk Yusof terhadap Puteri Sarah dan 2 orang cucunya tidak pernah berkurang.

Gembira warganet melihat gelagat Puteri Sarah dan Datuk Yusof itu. Muka malu-malu mereka berdua membuatkan warganet terhibur melihatnya. Semoga hubungan baik ini akan selalu dalam lindungan Allah dan berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

