Artis / Selebriti
” Comel betul dia ajuk daddy dia batuk and mummy nyanyi tu, ketawa saya tengok.. ” – Komen Netizen
Video anak Datin Alyah, Nur Izzara meniru gaya daddynya batuk dan cara mummynya menyanyi buat ramai terhibur. Alahai comelnya Izzara ajuk daddy batuk, siap letak tangan kat dada, hehe..
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi terkenal, Datin Alyah, pasti mengetahui yang Datin Alyah sekarang telah mempunyai seorang anak angkat yang dijaganya sejak kecil lagi. Memilih nama Nur Izzara buat buah hatinya itu, kini Izzara sudah berusia setahun lebih.
Meninjau di akaun Instagram Datin Alyah, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Datin Alyah bersama Izzara di dalam kereta. Menerusi video itu, Datin Alyah sempat menyakat Izzara dengan meminta Izzara untuk meniru beberapa gaya.
Antara gaya yang diminta dilakukan oleh Izzara adalah cara daddynya, Tok Ram batuk dan gaya Datin Alyah menyanyi. Perkongsian video tersebut telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan terhibur menonton telatah Izzara.

Bukan itu sahaja, komen warganet, Izzara sekarang dilihat semakin bijak dan wajahnya sangat comel. Sehingga kini, video Datin Alyah menyakat Izzara telah menerima ribuan tanda suka dan puluhan komen setakat artikel ini ditulis. Alahai, geram betul tengok gaya Izzara tu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel betul dia ajuk daddy dia batuk and mummy nyanyi tu, ketawa saya tengok.. Masyaallah, dah besar dah budak comel ni.. “
” Macam tu ek mummy nyanyi, hahaha… Datin pun tahan ketawa tengok Izzara mengajuk, hahaha.. Bihaj betul Zara lg2 bila buat batuk tu.. “
” Pandainya dia, dah lah comel.. Clever girl sangat.. Semoga jadi anak yang solehhah, penyeri rumah tangga Datin dan Datuk Ramli.. “
” Ya Allah suara dia, Kita pula yang geram dengar.. Comel sangat lah Izzara.. Suka tengok video Izzara kalau datin post.. “
” MasyaAllah Zara, nampak cute sangat.. Ni mesti rajin tengok mummy dia menyanyi.. Dah panda tiru gaya nyanyi mummy.. “
” Eeeee geram betul tengok budak kenit ni.. Macam mak jemah, hahahaa.. Pandai ikut arahan pula tu, comel2.. Zara anak bjika.. “
” Amboi Zara, kemain dia ek.. Tak leh laaa aunty dengan budak ni.. Geget geget kang haaaa.. Comel sangat sangat comelllll.. “
Sekejap betul masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah besar dah Izzara. Part Izzara ajuk gaya Datin Alyah menyanyi sangat comel, sampaikan Datin Alyah pun menahan ketawa mendengarnya. Apa-apa pun, semoga Izzara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Datin Alyah dan Dato’ Ramli.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

