Artis / Selebriti
” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menari lagu Jodoh Lebaran raih pujian ramai. Alahai, comelnya Tokti menari, lemah gemalai. Tapi penari yang seluar hijau tu tak rilek betul ye. Macam menekan-nekan je cara dia menari, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik snlegacysb, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai DS Siti, sedang menjalani sesi latihan tarian bersama para penarinya. Difahamkan, latihan tersebut adalah sebagai persiapan rapi menjelang konsert raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Menerusi video berkenaan, suasana latihan kelihatan begitu meriah dan penuh semangat. DS Siti dilihat memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap gerakan tariannya, membuktikan profesionalisme DS Siti sebagai seorang penghibur berkelas tinggi.
Apa yang lebih mencuri perhatian, DS Siti sempat menari mengikut rentak lagu Jodoh Lebaran yang kini menjadi siulan ramai. Gerakan tariannya yang lembut namun penuh gaya itu ternyata memikat hati para penonton hingga memperlihatkan sisi ceria DS Siti ketika berlatih.

Perkongsian video tersebut turut dihujani dengan pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ramai yang memuji keanggunan serta kelincahan DS Siti menari, malah ada yang tidak menyangka DS Siti begitu versatil dalam menguasai pelbagai gaya persembahan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel betul tengok Dato’ Siti menari, hehe.. Tak relaks yang seluar hijau sebelah kanan tu… Nak patah pinggang nengok.. “
” Abg baju hijau dah macam pakai springg hahahahahahahahahha.. Ishhhh geram plk aku yang tengok ni.. “
” Sy faham anda menari dgn tokti tapi jangan sampai nak jatuh la abg sluar hijau (paling kanan tu) .. Mcm da nak baring trus da yg sua legging tu.. Letak bantal kt bawah tu msti tros baring.. “
” Suka la tengok mak iti persembahkan dgn lemah lembutt.. Ehh yang jantan kanan tu.. Geram plak aku hahahaha.. “
” Ini baru Queen irama Malaysia.. Menari tak kelam kabut still relax.. Muka senyum… Live nyanyi… Macam recording.. “
” Siti aku tahu kelebihan dia, yg laki legging yg kibas rambut tu ak tak tau kelebihan dia macam mana .. Pliss sesiapa hantar makmal.. “
” Yang seluaq hijau tu pelan2 sikit takut patah leher tuuuuuu.. Saya pulak rasa penat tgk kanan tu nenari, haha..”
Selain DS Siti, seorang penari lelaki yang berada di sebelah kanan beliau turut mencuri perhatian ramai. Telatahnya yang dikatakan penuh bersemangat ketika menari mengundang tawa warganet dan ianya juga menambahkan lagi kemeriahan suasana latihan tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG snlegacysb
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

