Artis / Selebriti
” Comel Arif, Aafiyah, Zahra dan handsome boy tu Muhammad Afwa.. ” – Inaijari
 
																								
												
												
											Video Gelagat Aafiyah, Afwa, Arif Dan Zahra Berebut Hendak Meniup Lilin Kek Hari Lahir Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Alahai Sampai Menyembur Air Liur Masing-Masing, Hehe. Kesian Afwa Sampai Masam Dah Muka Dia Tak Dapat Tiup Lilin !!
Pada 11 Januari lepas merupakan ulangtahun kelahiran Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang ke 44 tahun. Walaupun tarikhnya sudah berlalu, namun masih lagi diadakan sambutan hari lahir buat Dato’ Seri Siti. Kali ini ia disambut di rumah bersama keluarga.
Oleh kerana pada tarikh 11 Januari lepas Dato’ Seri Siti berada di Dubai, setelah kembali ke Malaysia Dato’ Seri Siti mengambil peluang menyambut bersama keluarga tercinta. Turut serta bersama ialah ibu mertua Dato’ Seri Siti.
Video ketika sambutan hari lahir ini telah dikongsikan di Instastory Dato’ Seri Siti dan diulangsiar di akaun Instagram Inaijari. Penampilan Dato’ Seri Siti sangat ringkas dengan berselendang dan berkaca mata sambil mendukung anaknya, Muhammad Afwa.

Aafiyah dan anak-anak Asyraf Khalid iaitu Arif dan Zahra dilihat sangat teruja menyanyikan lagu ‘ Happy Birthday ‘. Apabila selesai menyanyi, masing-masing berebut hendak meniup lilin yang ada di atas kek hari lahir tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Tidak ketinggalan gelagat Afwa yang turut sama ingin meniup lilin namun tidak berjaya kerana sudah ditiup oleh Aafiyah dan cucu-cucu Dato’ Seri Siti. Alahai, nampak meraj0k dah muka Afwa tu. Dah buat muka masam dah, hehe.

Rasanya masih belum terlambat buat kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk, inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti18 hours ago Artis / Selebriti18 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
									 
									
