Artis / Selebriti
” Coach yang sangat berdedikasi ni, teman sambil makan, haha.. ” – Netizen
Video Zain Saidin Menemani Anaknya, Aaisyah Dhia Rana Bermain Golf Raih Buat Warganet Terhibur. Macam Tu Je Zain Bagi Semangat Kat Aaisyah. Sempoi Betul, Haha !!
Meninjau di akaun TikTok Zain Saidin telah dikongsikan video yang memaparkan Zain menemani anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana bermain golf. Menerusi video tersebut, Aaisyah turut membawa seorang rakannya untuk bersama-sama bermain golf.
Seloroh Zain, dia ingatkan dapat berehat pada hari minggu, namun terpaksa ‘overtime‘ untuk menemani anak bermain golf. Menerusi video itu, ketika Aaisyah memuk0l bola golf, kedengaran suara Zain meminta Aaisyah untuk bermain dengan bersungguh-sugguh.
Namun apa yang mencuit hati apabila melihat telatah Zain ketika memberikan semangat kepada Aaisyah, dia pula sedang sibuk makan. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyakat Zain seorang coach yang berdedikasi.

Sehingga kini, video Zain menemani Aaisyah bermain golf telah ditonton lebih 90 ribu tontonan dan menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Wah semangat betul tengok Aaisyah puk0l bola golf, makin comel tengok Aaisyah sekarang.
Tonton video di bawah ini :
@zainsaidin23 Cuti2 ni kita bapak2 kene kerja overtime ya.. Janji ade senyum kat ahli2 syurga kita ni kan 🥰 #fypシ #fyp #zainsaidin #daddy #aaisyahdhiarana #daddysgirl #dating #smile #love #wearefamily #win
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Coach yang sangat berdedikasi ni, teman sambil makan, haha.. Best dad untung ada dad yg spend time dgn anak.. Suka tengok.. “
” Tak pe Zain layan je anak pnya hobi dah besar nnt dia dah pandai bawak diri rindu pulak moment masa dia kecik pula.. Kan.. “
” Daddynya sambil teman sambil makan, nampak berselera betul.. Hahaha.. Pandai Zain mengasuh anak dara dia, good daddy.. “
” Bagus daddy spend time dgn anak camni.. Paling kelakar tengok Zain makan biskut tu.. Biskut bekal Aaisyah ke Zain, hehe.. “
” Tak mslh nya daddy dah teman tpi kena join plak mkn makanan Aisyah hahahahaha.. Zain sekarang makin kelakar betul lah.. “
” Aisyah ni bijak. Pandai suaikan diri dgn karekter mak ayah dia. Tp lebih suka bila dia ngan ayah,nmpk sisi kanak² yg tgh membesar.. “
” Bagus Aaisyah berani mencuba, nanti lama2 pandai lah dia main golf.. Hehehee.. Zain memang daddy yang baik, teman je anak dia.. “
Nasib lah Aaisyah dapat daddy yang suka mengusik. Apa-apa pun terbaik lah Zain, cool sahaja menemani anak dan kawan bermain golf. Mana tahu kan, selain minat makeup, Aaisyah nanti akan menjadi pemain golf yang berjaya apabila besar nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok zainsaidin23
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



