Artis / Selebriti
” Ciee ciee ciee malu-malu pula Kak Ardell kita, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Nadzmi Adhwa bertanya kepada isterinya, Ardell Aryana adakah dia kelihatan handsome selepas gunting rambut pendek buat ramai terhibur. Alahai malu-malu pulak Ardell nak jawab. Comel je reaksi Ardell..
Video respon Ardell Aryana ketika ditanya mengenai rambut baru suaminya, Nadzmi Adhwa buat ramai terhibur.
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon, Nadzmi Adhwa, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Nadzmi memotong rambut panjang kepada gaya yang lebih pendek. Perubahan penampilan tersebut mencuri perhatian warganet dan ramai memuji ketampanan Nadzmi selepas tampil dengan imej yang baru.
Penampilan itu bukan sahaja mendapat reaksi positif, malah ramai yang berpendapat Nadzmi kelihatan lebih kemas dan bergaya. Ruangan komen turut dibanjiri dengan pelbagai pujian daripada peminat yang tidak ketinggalan meninggalkan kata-kata positif.
Terbaru, Nadzmi sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah video bersama isterinya, Ardell Aryana ketika mereka berada di dalam kereta. Menerusi rakaman tersebut, Nadzmi dilihat berseloroh bertanyakan kepada Ardell sama ada dia kelihatan kacak atau tidak selepas memotong rambut.

Reaksi dan jawapan yang diberikan oleh Ardell nyata mencuit hati ramai. Mana tidaknya, Ardell secara bersahaja menjawab bahawa Nadzmi tidak kelihatan kacak sambil menahan senyuman. Tidak berakhir di situ, Nadzmi turut menyakat isterinya dengan memintanya menjawab yang dirinya kelihatan kacak.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Saya terseyum tengok Kak Ardell sengih-sengih. Malu lah tu Kak Ardell kan, hehe.. Cute lah perangai pasangan ni, haha.. “
” Org pmpuan ni salu ckp tebalik tau… Hehee.. Mulut je tu ckp tak hansem, dlm hati hansemmm sangat lah, hahaa.. “
” Fuh hnsem bro.. Aku yg hnsem ni puji ko bang hnsem.. Apatah lagi korang yg lagi hensem.. Konfem Ardell suka tu.. “
” Sebenarnya hensem je di mata kak Ardell tapi biasa la org permpuan ni ego nak ngaku. Termasuk aku la, suami tanya jarg la aku nk jwb dia hnsem walaupun sebenarnya hensem, haha.. “
” Ciee ciee ciee malu2 pula Kak Ardell kita, hehehehe.. Mesti handsome kan Kak Ardell, auto nampak muda lah abang.. “
” InshaAllah bini suka je dua2 .Bukan sebab gaya yg mana satu tapi sbb org nya. Moga bahagia sampai syurga keduanya.. “
” Terus nmpak muda 10 tahun.. Mestiii jatuh cinta punya lah kak Ardell, cuma dia tak nak mengaku tu.. Malu2 pulak.. “
Gelagat pasangan ini jelas memperlihatkan kemesraan dan keakraban mereka sebagai suami isteri. Perkongsian video berkenaan bukan sahaja menghiburkan, malah berjaya menceriakan hari ramai warganet yang terhibur melihat gelagat spontan pasangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nadzmiadhwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

