Artis / Selebriti
” Celebrated my belated birthday in school with my friends today.. ” – Nur Fatima Aisya
Video Dan Gambar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Di Sekolah Bersama Rakan-Rakan Raih Perhatian Ramai. Wah Mommy Jadi Storyteller Cerita Kisah Fatima. Seronok Sungguh Fatima !!
Sekali pun Fazura tidak menganjurkan majlis sambutan hari lahir yang gah dan besar-besaran seperti tahun lalu untuk anaknya, Nur Fatima Aisya, namun birthday Fatima diraikan berkali-kali pada tahun ini. Sebelum ini, Fatima sudah meraikan bersama Fazura, kemudian bersama Fattah dan kini masa untuk meraikan bersama rakan-rakan di sekolah pula.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Nurfatimaisya, telah dikongsikan video dan gambar-gambar yang memaparkan sambutan hari lahir Fatima di sekolah. Kali ini, tema kek Fatima adalah kartun kegemaran ramai kanak-kanak perempuan iaitu Barbie dan ianya kelihatan sangat cantik dan menarik.
Fatima mengenakan dress bermotif bunga-bunga kelihatan comel. Tersenyum sahaja Fatima sepanjang majlisnya itu. Fazura juga mengambil kesempatan itu untuk bersama-sama meraikan Fatima di sekolah. Menerusi salah satu video yang dikongsikan, Fazura bercerita sambil menunjukkan kepada semua kawan-kawan Fatima video Fatima ketika bayi.

Seronok mendengar Fazura bercerita dan Fatima pula kelihatan malu-malu. Fazura turut menyediakan goodie bags yang diisi dengan hadiah menarik untuk semua kawan-kawan kelas Fatima. Beruntung anak-anak semua dapat bertemu mata dengan Fazura kesayangan ramai itu.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Sebagaimana perkongsian di akaun Fatima sebelum ini, ruangan komen masih tidak dibuka kepada umum dan ianya limited comments. Warganet hanya boleh memberikan tanda suka sahaja untuk posting di akaun ini.

Apa-apa pun, yang penting Fatima happy dan dapat berkongsi kegembiraannya itu bersama kawan-kawan. Kami di Berita Kopak mengambil kesempatan untuk mengucapkan happy belated birthday Fatima dan semoga hidup Fatima sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan berjaya selalu dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurfatimaisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

