Artis / Selebriti
” Ceh tiba-tiba ada Amira, musykil betul. Macam tiba-tiba je, haha.. ” – Komen Netizen
Fattah Amin muatnaik video majlis kesyukuran dan menyambut Ramadhan raih perhatian ramai. Eh bang long betul-betul highlight Kak Long dalam video ni. Ehem ehem, nak reveal apa-apa ke tu Bang Long..
Seringkali bergandingan dan berkolaborasi bersama untuk beberapa produk besar, hubungan Fattah Amin dan penyanyi cantik jelita, Amira Othman semakin serasi dan selesa apabila bersama. Kemesraan mereka itu menghantui peminat dan ramai yang ship Fattah dan Amira sebagai FattMira.
Tular juga baru-baru ini mengatakan Fattah dan Amira sudah mengikat tali pertunangan gara-gara warganet melihat perkongsian di media sosial Amira mengenakan baju putih dan turut duduk bersama dengan ibu Fattah, Azizah. Namun berita itu dinafikan oleh Fattah dan Amira.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang merupakan throwback kejadian beberapa hari yang lalu. Fattah menganjurkan satu majlis kesyukuran dan sempena menyambut Ramadhan yang mana ianya juga dihadiri oleh Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Al-Bakri.

Tidak hanya menunjukkan suasana sekitar majlis tersebut, mata warganet juga tertumpu kepada moment ketika wajah Amira dipaparkan dalam video tersebut. Ini lah gambar tular yang menunjukkan Mira berjubah putih. Namun yang menjadi tanda tanya dan membuatkan warganet gembira kerana Fattah terbuka mengenai keakrabannya dengan Amira.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fattahamin Ramadhan Kareem 🤲🏻✨
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 83 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Jom semua doakan jodoh fattah amin dengan amira othman. this year kahwin.. Dia mcm nk bagitahu, tapi xnak bagitahu tapi nak bagitahu.. hahaha.. “
” Bak kata Ernie dan Syamel, dorang dah buat dulu haha.. ramai dah tahu cuma nak tunggu pengumuman rasmi dari tuan punya badan. macam nak tunggu pengumuman raya lah pulak.. “
” Dia nak suruh kita semua teka tuu.. eceyyy abg long nak candy2 kan kita la tuu.. part ada Amira aku jadi senyum seorang.. “
” Bila Amira Othman menjadi watak penting. seisi alam merestuinya. mcm biasa asal ada FattMira saya like. semoga cepat disatukan aaaaminnnn.. “
” Ceh tiba-tiba ada Amira, musykil betul. Macam tiba-tiba je, haha.. aipppp agak2nye ape maknanye ehh cincin di jari Amira.. “
” Korang ada nampak ke artis perempuan lain dtg pakai baju putih ? takde kan? saaaaahhhhh.. Tu dah tanda2 hint bg yg faham.. doakan yg baik2 utk mereka, smuanya rahsia tuhan.. “
” Sempat dia selit gambar Amira dekat situ eh.. bang long nak reveal ke camne ni guys.. kira jadi lah ye.. “
” Dah sgt jelas ni.. Tak perlu dah nk berteka teki . mgkn skrg dlm fasa taaruf.. Tak perlu nk couple2.. Kenal secara islamik.. “
Doa yang baik-baik untuk Fattah dan Amira agar hubungan mereka ini berkesudahan yang indah. Ramai yang mengharapkan hubungan FattMira menjadi kenyataan. Apa-apa pun, Fattah semakin terbuka mengenai dirinya dan mungkin ini hint daripada Fattah mengenai istimewanya seorang Nadia Amira Othman.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

