Artis / Selebriti
” Cari pasal betul lah kau Betty. Kan dah kena sembur dengan Che Semah tak berhenti, haha.. ” – Komen Netizen
Video Betty Rahmad dan ibunya, Che Semah ketika mahu mempromosikan biskut yang dibuat oleh Che Semah sendiri buat ramai terhibur. Awalnya elok-elok je tengok dua beranak ni. Sekali Betty tegur sikit je, terus Che Semah membebel tak berhenti, haha..
Bagi yang mengikuti pelakon Betty Rahmad, pasti mengetahui Betty sering berkongsi video bersama ibunya, Che Semah di media sosial. Antara video yang menarik perhatian warganet adalah video Betty dan Che Semah memasak serta membuat biskut.
Terbaru meninjau di akaun Instagram Betty, telah dimuatnaik video yang memaparkan Betty bersama ibunya itu. Menerusi video tersebut, Betty dan Che Semah mahu mempromosikan biskut kelapa yang dibuat oleh Che Semah sendiri kepada warganet.
Namun, ketika Che Semah sedang memperkenalkan biskutnya, tiba-tiba Betty mencelah percakapan Che Semah dengan berkata tidak perlu memperkenalkan lagi nama biskut kerana ramai sudah mengetahui mengenai biskut tersebut. Mendengar teguran Betty itu, Che Semah mula membebel kepada Betty.

Kata Che Semah, biarkan sahaja dia memperkenalkan biskutnya itu kepada orang ramai meskipun 10 kali kerana biskut tersebut bukan milik jenama Betty dan ianya adalah jenamanya. Bebelan Che Semah itu turut mengundang ketawa warganet yang menonton video ini.
Tonton perkongsian video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat telatah Che Semah ketika membebel dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Cari pasal betul lah kau Betty. Kan dah kena sembur dengan Che Semah tak berhenti, haha.. Penat ketawa dengar Che Semah bebel.. “
” Cute Mak Semah.. lepas Rindu kat Arwah Mak.. dengor Mak Semah pot pet2… Betty, sekarang Che Semah geng dengan Abang Jali.. “
” Lahaii.. Terhibur tgk Mak Semah boleh senyum sorg2.. Mak Semah org tua dlu2 legend.. Rindu kat arwah mak sy.. “
” Comel mak semah bebel.. Kita dah tade mak dah tgk mak semah bebel lepas rindu kat mak. Betty kuat menyakat maknya lah, haha.. “
” Mak semah of the year. Hahaha terima kasih menghiburkan saya dengan celoteh mak semah.. Kebas mulut saya asyik ketawa je.. “
” Sampai tertonggeng terbalik Che Semah yer, kesiannya Che Semah, hehe.. Betty asyik potpet yer Che Semah, hahaha.. “
” Hahahahahahaa sekali dia sembur dah macam peluru weh, haha Betty pula tak berhenti ketawa dengat Che Semah membebel, haha. “
Tak kering gusi kalau mendengar leteran Che Semah kepada anak-anaknya. Ramai yang mengatakan bebelan Che Semah itu terus mengingatkan kepada ibu mereka masing-masing. Apa-apa pun, semoga Che Semah terus diberikan kesihatan yang baik dan maju jaya dalam perniagaan biskutnya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bettyrahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

