Artis / Selebriti
” Cantiknya your mom. C0py habis muka mak, ingatkan filter tadi.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Uyaina Arshad Kongsi Gambar Bersama Ibunya, Namun Wajah Ibunya Raih Perhatian Peminat. Patut Lah Uyaina Cantik, Mewarisi Kecantikan Ibu Rupanya. Nampak Seiras Sangat !!
Nama pelakon dan pengacara berbakat, Uyaina Arshad cukup tersohor dan dikenali ramai. Banyak menghiasi drama Melayu tempatan, sudah berbagai watak dibawakan gadis jelita ini. Uyaina juga sangat terkenal di Indonesia dan membina namanya di sana setelah memenangi sebuah pertandingan.
Meninjau akaun Instagram Uyaina, telah dikongsikan beberapa keping gambarnya bersama ibunya, Puan Siti Noor Farah Al-Wafa. Kemesraan antara ibu dan anak ini jelas kelihatan dan Uyaina juga tampak manja sekali di dakapan ibunya itu.
Melihat wajah Puan Siti, tidak ubah seperti wajah Uyaina. Banyak persamaan wajah yang dapat dilihat antara ibu dan anak ini. Bagi yang tidak mengetahui, Uyaina sudah lama keh1langan ayahnya dan ibunya meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal sudah berpuluh tahun lamanya.

Sukar untuk melihat Uyaina berkongsikan wajah kesayangannya ini di laman sosial dan selalunya Instagram Uyaina hanya berkaitan dengan karier seninya sahaja. Nyata wajah cantik yang dimiliki Uyaina ini diwarisi daripada ibunya yang memiliki senyuman manis sama seperti Uyaina.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Memang nampak seiras wajah Uyaina dan ibunya ini. Sama cantik, sama manis wajah mereka mendapat tumpuan peminat dan antara komen-komen mereka :
” Ala sayang cantiknya your mom. C0py paste, Sama nya ingatkan filter tadi.. copy habis muka mak… Same smile, so sweet la.. “
” Dh tau dah bila uyaina tua nanti muka mcm mana. Macam guna face app je sebijik sgt.. Anak kesayangan ummi ni..same features..both sweet .. “
” Yang gamba last tu sebijik style you.. rupanya you t1ru dia selama ni. Sebijik sungguh la.. Mom and yana barakallah sihat selalu.. “
” Mcm kakak dgn adik kn.. Yana mewarisi kecantikan wajah arab ibu nya.. C0py paste muke ur mom la u yana.. “
” Cantiknya Yana dengan Mom. cantiknyaaaa your mom. copy paste sangat nih.. Samalah dgn mak awak.. “
” Mewarisi kcantikkan mum, Kayak kembaran yah Kak yana. Cantik sangat, like mother like daughter.. Waaaa sma lah usu.. nnti usu tua pom gini lah ttp cantik.. “
” So beautiful both of you, muka copy paste betul. Senyum tu sama, gaya posing pun sama sangat.. betul betul Copy Paste.. “

Secantik ibunya, begitulah yang terlihat pada rupa paras Uyaina sekarang. Memang seiras benar wajah Uyaina dan ibunya ini. Apa pun, semoga rezeki Uyaina dalam bidang seni sentiasa berpanjangan dan gembira selalu di samping keluarga tersayang. Aamin

Silakan SHARE..
Sumber : IG Uyaina Arshad, IG Farahalwafa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti18 hours ago Artis / Selebriti18 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
