Artis / Selebriti
” Cantiknya venue, simple and nice. English concept.. ” – Komen Netizen
Video majlis akad nikah Didi Astillah dan pasangannya, Dinie Ng curi perhatian warganet. Wah Didi kahwin dulu dari Bella rupanya. Cantiknya Didi, berseri-seri sangat. Dekorasi majlis pun elegant betul..
Adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah telah pun mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya, Dinie Ng atau nama penuhnya Muhammad Nur Firqat Ismat Diniey pada bulan Januari yang lalu. Pasangan ini sudah lama mengenali hati budi masing-masing dan direstui oleh keluarga mereka.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan majlis akad nikah Didi dan Diniey. Tiada angin, tiada ribut, pasangan ini memilih untuk disatukan pada hari Asyyura.
Ijabqabul Didi disempurnakan sendiri oleh ayahnya, Awang Astillah di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang kira-kira jam 10.05 pagi tadi. Majlis ini diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat di Cyberjaya.

Didi dan Diniey tampil anggun dan segak dalam busana berwarna putih. Didi yang mengenakan hijab kelihatan berseri-seri. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Didi sah sebagai isteri Diniey. Didi turut kelihatan menangis di pelamin sejurus sahaja ijab qabulnya selesai.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Alhamdulillah tahniahh for both of you.. semoga berbahagia hingga ke jannah.. “
” Alhamdulillahh, tahniah Didi Diniey! Cantiknyaaa venuee.. Smple n nice.. English concept.. “
” Alhamdulillah Tahniah..Semoge Berbahagia Till Jannah..Aamiin.. She so beautiful.. sepadan sangat pasangan mempelai.. “
” Alhamdulillah tahniahh.. tapii so prettyyy Didi.. cantekk sangatt.. Alhamdulillah, semoga segala urusan dipermudahkan.. “
“Love nya majlis outdoor mcmnni.. simple tapi elegant je majlis macam ni. didi pun cantik sangat sangat.. “
” Fuh panasnya outdoor macam ni tp sumpah cantik deko dia. muka didi bahagia betul. Tahniah didi moga berkekalan sampai ke akhir hayat.. “
” Finally Didi bergelar isteri. majlis simple tapi menarik, pakaian Didi pun sopan, naik seri pengantin didi.. tahniah didi dan diniey.. “
Alhamdulillah segala perancangan Didi untuk majlis penyatuannya bersama pujaan hati berjalan dengan lancar. Semoga bahtera rumahtangga yang dibina ini sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan serta berkekalan hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen

