Artis / Selebriti
” Cantiknya rumah Zahirah dan Aiman ni. Cantik sangat.. ” – Inaijari
Perkongsian Video Rumah Baru Zahirah Macwilson Dan Aiman Hakim Ridza Dari Pandangan Luar Dan Dalam Rumah. Wah Luas Betul Lamannya Tu. Part Deko Ala-Ala Suasana Gunung Tu Memang Superb Sangat. Lain Daripada Yang Lain !!
Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan beberapa buah video yang diulangsiar dari Instastory milik pelakon Aiman Hakim Ridza. Video ini memaparkan keadaan rumah baru Aiman dan Zahirah yang kini sudah 90 peratus siap.
Melihat daripada video yang dikongsikan ini, kelihatan rumah baru Aiman dan Zahirah ini cukup besar dan luas. Sebelum ini, pasangan ini ada berkongsikan satu video yang menunjukkan proses menyiapkan taman di luar rumah mereka oleh The Hutans.
Kali ini Aiman kongsikan paparan sebenar rumah mereka ini dari bahagian hadapan. Cantik rumah Aiman, keluasan rumah dan laman hadapan juga nampak besar. Rumput hijau yang telah ditanam di laman rumah ini turut menyerikan lagi pemandangan.

Masuk ke dalam rumah pula, lagi bertambah teruja melihatnya. Ada 1 sudut yang wallpapernya seperti batu-batuan di kawasan pergunungan. Wah lain macam pemilihan Aiman dan Zahirah ini, feeling macam betul-betul ada di situ melihat batu-batuan. Memang sangat ekslusif.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
Ini baru sedikit sahaja dalaman rumah yang ditunjukkan. Berbaki 10% sahaja lagi dan selepas itu bolehlah Aiman, Zahirah dan Isaac mendiami kediaman baru mereka ini. Bila sudah masuk segala perabot dan hiasan, tentu lagi wow rumah pasangan ini.

Nanti boleh lah Aiman ‘belanja’ full house tour apabila sudah siap sepenuhnya. Tentu ramai yang hendak melihat keindahan rumah mereka. Apa-apa pun, semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar untuk Aiman dan Zahirah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, IG Aiman Hakim Ridza, IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



